Pokok jambu madu antara pokok buah yang selalu ditanam keliling rumah. Jika ada pokok yang elok hasilnya dan berhajat untuk tanam lebih banyak pokok jambu jenis ini boleh guna cara ini.
Semai guna keratan saja, caranya mudah dan langkahnya dikongsi oleh saudara Pyan Sempoi. Kaedah ini membolehkan kita dapat banyak anak pokok. Alang-alang cantas ranting boleh semai sekali.
1. Pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, dah pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut/muda & tidak terlalu tua.
2. Potong dan buang pucuk/daun/duri, sisakan 2-3 daun sahaja. Potong separuh daun-daun yang ditinggalkan ini. Rendam seketik dalam air penggalak akar.
3. Cucuk ranting ke media yang lembap. Saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam dan masuk dalam bekas. Padatkan media di sekeliling keratan supaya tak bergoyang.
4. Sungkup menggunakan plastik atau apa-apa yang sesuai. Saya guna cawan plastik atas bawah. Letak di tempat teduh sampai keluar tunas baru & akar.
5. Siram sedikit saja jika media nampak dah kering. Waktu siram buka sungkup kemudian tutup semula.
6. Boleh pindah ke bekas lebih besar jika anak pokok dah stabil. Ini adalah hasil pokok jambu madu yang disemai guna keratan.
Selain pokok jambu madu, kaedah ini juga boleh digunakan untuk pokok limau kasturi. Langkahnya sama saja.
Walau pun nampak macam dah langsing tapi rupanya Dr Soo Wincci masih berhajat mahu menurunkan berat badannya.
Melalui perkongsiannya di instagram dia menggunakan kaedah detoks paling mudah untuk mencapai misi tahun barunya itu.
Dengan mengamalkan hanya satu jenis hidangan detoks yang cukup jimat dia sudah berjaya menurunkan 4kg dalam satu minggu.
Menurut Dr Soo Wincci menu detoks yang dikongsi cukup mudah. Setiap hari dia akan mengambil : 1. Teh Kunyit, Kayu Manis 2. Kopi 3. Telur Rebus 4. Kacang kuda 5. Oren.
Kereta rosak di tengah jalan atau tengah highway yang sibuk? Bagi yang pertama kali mengalaminya pasti akan panik.
Kalau kereta rosak hingga tak boleh bergerak, jawabnya memang kena panggil lori towing atau kereta tunda. Tapi khidmat ini biasanya mahal, makan beratus-ratus ringgit juga, nak baiki kereta lagi! Duduk tepi jalan pun boleh pening kepala dibuatnya memikir duit yang akan melayang.
Tapi sebenarnya kita tak perlu pun keluarkan duit untuk menggunakan perkhidmatan towing ini. Ada saja yang percuma dan cara tersebut dikongsi oleh Farhan.com melalui akaun TikTok miliknya.
Ujarnya sekiranya kereta rosak di tengah jalan berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan khidmat towing percuma.
Dalam pada itu beliau juga berkongsi langkah selamat yang perlu dilakukan sementara menunggu lori towing tiba.
1. Berhenti di laluan kecemasan, buka lampu kecemasan dan bonet belakang. Letak juga segi tiga kecemasan di belakang kereta .
2. Kemudian lihat bahagian belakang road tax, ambil nombor telefon insuran yang tertera.
3. Cari tempat yang selamat dan hubungi nombor telefon insuran tadi. Mereka akan bertanya bebeberapa soalan sebelum menghantar lori towing dan ervis ini adalah percuma.
Tambah Farhan lagi semasa menunggu lori towing pastikan kita tidak duduk di dalam, di depan atau di belakang kereta yang diletakkan di lorong kecemasan. Ia untuk mengelakkan risiko dirempuh oleh kenderaan lain. Sebaiknya cari tempat selamat jauh sedikit dari kereta untuk menunggu.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...