Seronok tengok pokok sayur atau buah dah mula berhasil dan berbuah elok. Tapi sedang menunggu kutip hasil tiba tiba tanaman dirosakkan haiwan seperti monyet.
Memang geram dan frust kalau hadapi situasi begini. Bagi selalu berdepan serangan dua haiwan ini tip yang dikongsi oleh Siti Hanimah Rohani.
Beliau berkongsi cara berkesan yang dipraktikkan selepas tanamannya ‘dikerjakan’ oleh monyet.
Petua berkesan elak tanaman ‘dikerjakan’ monyet
Alhamdulillah, petua ini sangat membantu mengelakkan hasil tanaman ‘dikerjakan’ Cik Mon. Walau ada cubaan, tapi nampaknya, dilepaskan, walau telah digigit.
Ads
Caranya buat bancuhan ini, letak dalam botol kemudian sangkut pada pokok tanaman.
Bahan untuk bancuhan adalah seperti berikut;
– Sekeping belacan, dibahagi 3
– 6 biji ubat gegat – ditumbuk
– 1/2 cawan air
– 1 botol mineral kecil
2. Masukkan belacan bersama ubat gegat yang hancur dalam botol air mineral.
3. Tambah 1/4 cawan air dan botol dan goncang.
Ads
4. Buat lubang pada botol mineral, boleh gunakan besi panas.
5. Ikat dawai pada botol kemudian gantung botol ini pada pokok yang selalu jadi tumpuan serangan monyet.
Ads
Bau belacan dan ubat gegat ini tidak disukai oleh monyet/khinzir dan haiwan ini akan menjauhi tanaman jika terhidu.
6. Tambah belacan dan ubat gegat jika baunya sudah berkurangan.
Pemanas air atau water heater antara yang selalu digunakan di rumah. Tapi bila membaca kemalangan yang berlaku terhadap seorang gitaris dan kakaknya hingga meragut nyawa akibat renjatan elektrik dari pemanas air terasa takut pula untuk menggunakannya.
Sebaiknya kejadian yang berlaku dijadikan iktibar agar kita lebih berhati-hati menggunakan pemanas air ini. kejadian malang sebegini boleh berlaku jika kita mengabaikan tanda-tanda kerosakan pemanas air. Sebagai langkah berjaga-jaga berikut antara tanda-tanda pemanas air di rumah kita rosak
1. Water heater yang kita guna keluarkan bunyi
Enjin yang berbunyi biasanya menunjukkan bahawa unit pemanasan telah digunakan terlalu lama hingga menyebabkan enapan terkumpul di dalam tangki. Enapan yang terkumpul dari masa ke masa akan mengeras dan merosakkan penapis air sehingga mesin berbunyi. Justeru, kita perlu menukar kepada alat pemanas baharu.
2. Air keluar di permukaan alat pemanas
Kebocoran pada tangki pemanas air berpunca dari mesin yang telah digunakan selama bertahun-tahun atau digunakan terlalu lama dalam sehari. Logam dalam tangki akan mengembang dan menyebabkan keretakan pada mesin. Sekiranya ia retak, gantikan dengan mesin baharu tanpa perlu mengganti paip.
3. Air keruh
Sekiranya air yang keluar dari pancuran kelihatan keruh, matikan mesin pemanas dengan cepat dan elakkan menggunakannya dalam masa terdekat. Uji juga bau air, jika berbau hamis ada kemungkinan berpunca dari paip utama mesin pemanas. Segera hubungi pembaik pulih untuk membaikinya.
Langkah pencegahan
1. Pastikan ada label SIRIM
Sebelum membeli barangan elektrik pastikan barang mempunyai label SIRIM. Label ini bermaksud barangan tersebut diiktiraf oleh SIRIM, menepati piawaian dan memenuhi standard khusus.
2. Pilih kontraktor elektrik yang berdaftar
Setelah memilih alat pemanas air elektrik yang diiktiraf, langkah seterusnya pilih kontraktor elektrik yang berdaftar untuk melakukan kerja-kerja pemasangan. Elakkan dari menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang tidak berdaftar serta mencuba untuk memasang alat pemanas air elektrik anda sendiri.
Adalah penting kerja-kerja melibatkan pendawaian elektrik dilaksanakan oleh mereka yang pakar dan bertauliah sahaja. Langkah ini bertujuan untuk mencegah kemungkinan alat pemanas air dipasang secara salah.
3. Gantikan alat pemanas air elektrik yang dah lama digunakan
Jika alat pemanas air elektrik di rumah kita model keluaran 10 tahun yang lalu atau lebih, sebaiknya beli pemanas air baru. Ini kerana alat pemanas air elektrik jenis model lama tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini.
4. Selenggara secara berkala
Ramai tidak mengetahui bahawa alat pemanas air elektrik juga perlu diselenggara dari masa ke semasa. Gunakan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar bagi tujuan menyelenggara alat pemanas air.
5. Uji dahulu pemanas air sebelum mandi
Buka air dahulu selepas itu tekan butang ‘elb test’ untuk melihat jika trip atau off bermaknya ia selamat. Jika ada litar pintas, ia akan mati secara automatik.
Jika berlaku tanda-tanda awal renjatan elektrik, cepat-cepat tekan butang ‘elb test’ yang juga berfungsi sebagai butang kecemasan.
Amat penting untuk kita memastikan produk yang dibeli menepati ciri-ciri keselamatan yang telah digariskan sebelum membuat sebarang pembelian.
Ramai yang menanam pokok mulberi untuk buahnya yang enak, manis dan masam. Selain itu ia juga kaya dengan khasiat vitamin C memang tak rugi untuk ditanam.
Namun begitu jika ada yang menanam pokok ini tapi kecewa kerana pokok tidak berbuah lebat, boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Ana Embong ini.
Tip kalau nak buah mulberi lebat
Tak rugi tanam mulberi, berbuah sepanjang masa. Boleh boleh makan, daun mudanya pula boleh dijadikan bahan masakan.
Jika buah pokok mulberi tidak lebat tip yang boleh dilakukan adalah;
– Sentiasa pangkas pokok. Bila keluar pucuk baru akan keluarlah buahnya.
– Manakala untuk dapatkan buah yang besar pula buang daun-daun sekitar buah ketika pokok sedang berbuah.
Ini pokok mulberi kampung yang saya tanam dalam pasu besar, buahnya pun agak besar.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...