Suburnya Salad Tanam Dalam Hygrowpot. Lagi Senang Jaga, Sebulan Dah Boleh Makan Hasil

Share

Ramai yang teringin bercucuk tanam namun masalah ruang jadi penghalang. Sama ada tinggal di rumah apartment, flat, kondo atau laman sempit.

Sebenarnya ketika ini ada banyak kaedah penanaman boleh dilakukan dengan hanya memerlukan ruang yang sedikit.  Antaranya tanam melalui kaedah hygrowpot seperti yang dikongsi oleh Monica Antie Ballerina.

Tanam salad dalam hygrowpot, kali pertama pun menjadi

Percubaan pertamanya adalah tanam salad. Elok menjadi dan paling best sebulan dah boleh kutip hasil dan kita tak perlu siram hari hari pun.

Bagi yang nak mencuba beliau ada berkongsi panduannya.

  1. Ini set hygrowpot yang dibeli di Shopee.

2. Set ini lengkap, datang dalam satu kotak ada pasu, cocopeat, baja dan juga benih percuma. Harga saya beli RM150 satu set.

3. Ini cocopeat, perlu basahkan dulu dan ramas sebelum guna.

4. Semai dulu biji benih salad Perancis. Ini hari ke-empat. Cepat membesar kan.

5. Dah ada 4 daun atau lebih boleh masuk dalam pasu hygrowpot. Ini selepas 2 hari disemai. Dalam batang paip@hygrowpot minggu pertama dan ke-2 masukkan air paip biasa sahaja sebab medium semaian sudah dicampur baja subur Vcombat yang disertakan.

6. Selepas minggu ke-2 masukkan air baja AB dalam hygrowpot tersebut.

7. Salad ini cepat membesar. Waktu masih kecil 2 minggu baru refill air. Tapi bila salad dah membesar setiap 3 hari kena check air takut kering.

8. Inilah biji benih salad yang digunakan. Dalam pek ada banyak, boleh guna 2-3 kali lagi.

9. Ini hasil salad selepas lebih sebulan. Dah boleh petik, sebelum tua. Boleh petik atau potong daun sehelai-sehelai, nanti akan tumbuh lagi.

Kongsi rezeki salad dengan kawan-kawan.

Bagi yang nak mencuba tanam guna kaedah hygrowpot, boleh klik SINI untuk beli set di Shopee.

Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Link asal boleh rujuk di SINI.

IKLAN