Umum mengetahui pelakon, Datin Seri Zizie Izette mempunyai anak kembar lelaki yang dinamakan Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette. Kembar yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 30 Disember akan datang kini semakin membesar. Justeru banyak pakaiannya tidak lagi muat dipakai.
Ads
Melalui instagram, Zizie yang kini sedang hamil memuat naik gambar pakaian kembar itu. Melalui kapsyen, Zizie berbesar hati jika ada yang sudi menerima pakaian tersebut. Antara kriteria yang Zizie utamakan ialah kepada ibu yang bakal melahirkan anak kembar ataupun ibu yang ada anak kembar masih kecil berusia antara 1 hingga 6 bulan. Lebih afdal jika penerima ialah golongan yang kurang berkemampuan.
Ads
Tag gambar anak kembar anda pada Zizie
Di antara baju2 anak kembar saya yg dah tak muat & terlalu banyak lagi. Saya berbesar hati kalau sudi terima sekiranya ada diantara anda yg bakal melahirkan anak kembar ataupun sudah punyai anak kembar yg masih kecil (1 bulan ke 6 bulan) lebih afdal lg yg kurang berkemampuan, sila tag saya gambar anak kembar anda. Ps: Baju2 masih dlm keadaan yg sgt baik. Kami akan contact dlm masa terdekat ni. Terima kasih.
Nampaknya Mat Yip atau Syeriv Samheizy belum ada rezeki dapat adik bila baru-baru ini Syatilla Melvin mengalami keguguran pada usia kandungannya enam minggu.
Walau pun Sheriv masih kecil, baru berusia setahun tiga bulan tapi akui Syatilla dia memang mahu menimang cahaya mata lagi, begitu juga dengan suaminya Shahiezy Sam. Pun begitu, siapa sangka akibat pendarahan yang teruk selepas pulang dari bercuti di luar negara, dia rupa-rupanya keguguran.
“Masa di luar negara lagi Tila dah rasa, mungkin Tila mengandung. Tapi Tila tak nak check pun sebab tak nak ganggu mood bercuti. Sebab biasalah kalau kita tahu kita pregnant nanti mula la mabuk la apa la. Tapi sebaik sampai je dari sana, Tila buat kerja rumah, tiba-tiba bleeding. Banyak darah. Rupa-rupanya gugur. Sedih memang sedih. Sebab kami memang nak anak lagi. Takpelah. Ada hikmah tu. Syeriv pun baru setahun 3 bulan,” katanya.
Bukan baru sekali ni sahaja Syatilla keguguran. Sebelum hamilkan Syeriv pun, sebenarnya dia pernah mengalami keguguran juga. Justeru tidak mahu gugur kali ketiga, Syatilla mengakui akan menjaga betul-betul kandungannya.
“Tilla tak naklah benda-benda yang berlaku di sekeliling ni mengganggu kehidupan Tilla. Tilla jenis nak enjoy je life ni. Buat apa nak stres, buat pening kepala je,” ujar Syatilla.
Dalam pada itu kerjaya sebagai selebriti yang sentiasa menjadi tumpuan menyebabkan ada masa di menerima kecaman. Agar tidak stres ini yang dilakukan oleh Syatilla.
Sekarang ni semua orang ada instagram. Tiap kali pos sesuatu di instagram pasti ramai yang memberikan komen. Ada komen yang positif namun kebanyakannya negatif. Syatilla mengakui jarang membaca komen-komen yang dilemparkan kerana tak mahu sakit kepala memikirkan benda yang tidak perlu. Namun dia tak mahu menutup ruangan komen kerana tidak mahu digelar pengecut. Dia sedar dirinya sebagai selebriti dan suaminya juga selebriti. Jadi, nak tak nak, kecaman netizen tetap wujud.
Tiap kali dilanda kecaman netizen, Syatilla akan ingat bahawa dia masih ada ibu bapa untuk mengadu dan mendapatkan sokongan. Malah orang tua sendirilah yang lebih mengenali anak-anaknya.
Syatilla tidak mempunyai pengasuh atau pembantu rumah pun. Jadi, dia urus sendiri suami dan anak. Kata Syatilla, dia tak mahu terlepas momen dengan orang tersayang terutamanya dengan Syeriv. Lagipun, dengan pendedahan banyak kes menyayat hati mengenai anak yang dijaga oleh pengasuh membuatkan Syatilla ingin jaga sendiri anaknya.
Kata Syatilla, dia hanya enjoy hidupnya tanpa fikir perkara yang tidak perlu. Paling dia bersyukur kerana mendapat suami yang sangat memahami dan sporting. Mereka sama-sama enjoy kehidupan yang dimiliki dan bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Setiap tahun, mesti rancang untuk bercuti. Jangan fikir kerja. Paling diidamkan nak ke Maldives. Syatilla kata, dia dan Sam sebenarnya belum sempat berbulan madu pun. Sebab lepas kahwin, terus mengandung dan mabuk. Kemudian Sam pula sibuk dengan kerja. Jadi, belum plan lagi bila nak berbulan madu berdua sahaja tanpa bawa anak.
Penyakit Tangan Kuku dan Mulut atau Hand, Foot, Mouth Dieses (HFMD) memang biasa dialami oleh kanak-kanak.
Tapi disebabkan dah biasa jangan sesekali pandang remeh, kerana penyakit yang ditandai dengan timbulnya biji kecil berair pada kulit bayi ini boleh membawa maut sebenarnya.
Satu lagi memandangkan daya tahan kanak-kanak yang lemah, ia cukup mudah untuk menjangkiti. Tak mustahil hanya kerana berkongsi kerusi bayi di restoran juga boleh menjadi punca kuman tersebar dan menjangkiti bayi.
Inilah yang dialami oleh seorang ibu bernama Amrina Meena yang mengesyaki kerusi bayi diduduki anaknya penyebab anaknya disahkan mengalami HFMD.
“Mama syak baby chair ni la punca Airil dapat virus HFMD. Sebab esoknya Airil demam. Silap mama malam itu tak bawa baby wipes.
“Kerusi itu pun tak nampak kotor jadi takde lah nak lap. Biasa selagi tak kena memang tak beringat. So lepas ni mama dah standby segala protection before and after.
“Duduk kat mana-mana kena lap dulu habis bersih. Biar la org kata pulun pun, yang nak menjaga anak tak sihat tu nanti kita jugak.”
Dalam pada itu Amrina juga sempat menitipkan panduan kepada ibu lain untuk mengelak anak dijangkiti HFMD
1. Avoid pergi play area kalau musim HMFD. HFMD ni wajib kuarantin. Kuarantin means duduk di rumah.
2. Pergi klinik mintak pengesahan doktor untuk sahkan anak kena. Langsung tak boleh hantar anak ke taska/sekolah. Keluar pergi makan, playground, pergi jalan-jalan, supermarket, shopping mall semua tak boleh. Sebab HFMD mudah berjangkit dari sentuhan.
3. Buat parents lain pun, make sure standby dalam handbag antibacterial wipes/spray or sanitizer. Bawak pergi ke mana-mana pun.
Tapi kalau dah kena jugak, tak boleh la nak tolak takdir. Redha dan kuarantin sampai anak betul-betul sihat.
Alhamdulillah masa saya share ni anak saya dah sihat pun. Lepas seminggu dah kering semua biji-biji pada kulit. Saya just sapu vco dan bagi dia minum vco. Memang cepat baik.
Kebanyakan kita pakai baju sedondon bila ada majlis tertentu saja, tapi lain pula bagi pasangan dari Jepun Tsuyoshi dan Tomi Seki.
Hampir 38 tahun mendirikan rumah tangga, setiap hari pasangan ini mengenakan baju yang sama.
Itu juga yang menjadi petua pasangan warga emas ini kekal bersama hingga ke hari ini.
Setiap hari juga pasangan ini akan berkongsi OOTD mereka dalam akaun instgram @bonpon511. Keunikan gaya pasangan ini telah menarik ramai pengikut dan kini sudahpun mencecah 751,000.
Melalui satu temuramah dengan Buzzfedd News, kata pasangan ini mereka memulakan gaya sedondon ini apabila melihat persamaan dari segi rambut yang keduanya putih, dipenuhi uban.
“Memandangkan kami berdua sama-sama berambut putih, kami ambil langkah seterusnya iaitu dengan mengenakan pakaian yang sama pula.”
Melihat stail unik pasangan ini, anaknya membuka akaun instagram untuk merakam gaya ibu bapa mereka yang setiap hari berpakaian sedondon.
Menariknya meskipun usia mereka sudahpun mencecah 60 tahun tapi gaya mereka cukup ranggi.
“Waktu muda dulu, memang rasa agak malu untuk berpakaian sedondon tapi pada usia sekarang tidak lain.
“Kami memilih pakaian berdasarkan apa yang kami rasa setiap hari, kemudian kami akan buat keputusan tentang warna pakaian yang akan dikenakan,”ujar pasangan ini yang sudah bersara sejak Mac 2017.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...