Memiliki empayar perniagaan berjuta-juga ringgit, siapa sangka Datuk Seri Aliff Syukri sebenarnya mengalami disleksia. Terbaru melalui perkongsian isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid beliau mendedahkan anak perempuannya Qadeeja turut mewarisi masalah yang sama iaitu sindrom disleksia.

Namun menariknya menerusi perkongsian Datin Shahida dia menjelaskan satu persatu ciri-ciri disleksia yang dialami oleh anaknya sekaligus menyedarkan ibu bapa lain tentang masalah tersebut.

Untuk pengetahuan disleksia bukanlah satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Ciri-ciri anak disleksia perkongsian Datin Shahida

Qadejah anak disleksia, mewarisi genetik dari @aliffsyukriterlajaklaris. Dia lambat membaca bila saya hantar ke sekolah biasa, suka pakai kasut terbalik, suka menulis huruf terbalik, tak boleh fokus sesuatu benda dalam masa yg lama, imaginasi tinggi dan di luar kotak.

Bila menulis akan nampak seperti reflek cermin, contoh mama akan jadi amam. Mengaji pun lambat faham berbanding ammar dah baem.

Atas nasihat guru qadejah saya hantar ke Pusat Disleksia selama 3 bulan. Dia tak suka, hari-hari merungut. Alhamdulillah sekarang banyak perkembangannya, menulis masih terbalik tapi banyak dah ok. Boleh membaca sbb cara ajarannya tak boleh mcm kanak-kanak biasa.

Jadi parents kalau ada anak yg lambat atau simptom mcm ni saya sarankan buat test, jgn ingat anak kita tak pandai. Tapi apa yg saya nampak anak disleksia ni suka melukis, bijak dan perpandangan jauh, berfikir di luar kotak yg orang lain tak fikir. Sifat dia juga pelik-pelik, buat benda yg tak dijangka.

qadejah anak disleksia…mewarisi genetik dari @aliffsyukriterlajaklaris …..dia lambat membaca bila saya hantar ke sekolah biasa….suka pakai kasut terbalik…suka menulis huruf terbalik ,x boleh fokus sesuatu benda dalam masa yg lama,imaginasi tinggi dan di luar kotak…dan bila menulis akan nampak seperti reflek cermin… contoh mama akan jadi amam…..mengaji pun lambat faham berbanding ammar dah baem….atas nasihat guru qadejah saya hantar ke Pusat Disleksia selama 3 bulan….dia x suka,hari2 merungut….Alhamdulillah sekarang banyak perkembangan nya,menulis masih terbalik tapi banyak dah ok…boleh membaca…sbb cara ajarannya x boleh mcm kanak2 biasa…jadi parents kalau ada anak yg lambat atau simptom mcm ni saya sarankan buat test……jgn ingat anak kita x pandai.. . Tapi apa yg saya nampak anak disleksia ni suka melukis……bijak dan perpandangan jauh…berfikir di luar kotak yg orang lain x fikir…sifat dia juga pelik2…..buat benda yg x dijangka….. tudung dari @cloverush

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Terima kasih Datin, baru saya tahu

Anak Perempuan Warisi Sindrom Disleksia, Perkongsian Datin Shahida Tentang Ciri Anak Dengan Masalah Ini Cukup Berguna

Ramai tak sedar

Anak Perempuan Warisi Sindrom Disleksia, Perkongsian Datin Shahida Tentang Ciri Anak Dengan Masalah Ini Cukup Berguna

 

Selain itu:  Tanda Ibu Terlebih Penat Buat Kerja, Awas Jangan Sampai Alami 8 Perkara Ini!

Anak angkat saya punyai simptom sama

Anak Perempuan Warisi Sindrom Disleksia, Perkongsian Datin Shahida Tentang Ciri Anak Dengan Masalah Ini Cukup Berguna

Hampir putus asa

Anak Perempuan Warisi Sindrom Disleksia, Perkongsian Datin Shahida Tentang Ciri Anak Dengan Masalah Ini Cukup Berguna

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI