Suka Duka Yuna Sebelum Cipta Nama Di US, Selang Sehari Makan Mi Segera, Nasi & Sardin Untuk Jimat Duit

Share

 

Melihat pencapaian Yuna atau Yunalis Zarai di Amerika Syarikat buat kita rakyat Malaysia turut berasa bangga. Malah ramai yang menjadikan penyanyi ini sebagai idola mereka.

Tapi di sebalik kejayaan Yuna mencipta nama di sana tak semua yang dilalui oleh penyanyi ini indah belaka.

Tak pernah bercerita tentang suka duka dan keperitannya sebelum ini namun dalam satu status di instagram beliau baru-baru ini Yuna mendedahkan apa yang dilalui sebelum mengecap kejayaan.

Kongsi RM50 dengan krew

Sama seperti kita waktu payah ujar Yuna dia sendiri selang sehari akan makan mi segera bersama nasi dan sardin untuk berjimat. Penyanyi yang pernah berduet dengan Usher untuk lagi crush ini juga pernah terpaksa berkongsi RM50 dengan angggota kumpulannya malah ada juga mereka bekerja secara percuma kerana tidak bayar.

Setiap kejayaan kita tak kira besar atau kecil kita sebenarnya tak mampu melakukannya seorang diri. Pasti ada seseorang yang membantu. Ketika ini saya fikir ramai yang berasa apabila mereka memperoleh suatu kejayaan mereka lakukannya sendiri.

Tapi saya selalu tahu ada orang yang membantu saya ketika saya tak punya apa. Pernah saya terpaksa berkongsi RM50 (USD$15) bersama anggota band dan krew. Ada masanya mereka juga bekerja secara percuma kerana kami tak dibayar.

Semasa awal berhijrah ke LA saya makan mi segera atau nasi bersama sardin selang sehari untuk jimatkan duit kerana perbelanjaan di sana terlalu mahal.

Tapi saya ada rakan yang selalu membantu saya dan memberi saya makanan. Tahu lah kan. Semua perkara ini saya akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih.

Demikian catatan Yuna dalam instagramnya. Yuna baru-baru ini pulang ke Malaysia untuk membuat persembahan dalam acara pembukaan dan penutup Sukan Para Asean KL2017.

 

IKLAN