Makan buah-buahan segar memang bagus kerana penuh dengan khasiat semula jadi yang elok untuk tubuh badan.
Tapi boleh jadi juga makan buah punca kena masalah batuk. Bagaimana boleh jadi begini? Salah satunya kerana kita tak cuci buah-buahan dengan betul sebelum dimakan. Perkara ini dijelaskan oleh Dr. Mazliana Mazlan, dan beliau turut berkongsi cara mencuci buah-buahan dengan betul.
Kadang anak batuk dan alergik lepas makan buah, mungkin sebab kita yang tak cuci buah dengan betul.
Saya pernah kena. Anak batuk lepas makan blueberry. Dia terus ambil dari peti sejuk blueberry yang saya baru beli, dan tak sempat basuh pun lagi.
Terus saya serik lepas tu tau. Bila beli apa-apa buah, mesti sampai rumah cuba untuk terus basuh. Sebab takut anak-anak termakan dan batuk lagi.
Dalam buah, dan sayur ada sisa-sisa racun serangga. Itu mungkin antara punca yang buatkan anak batuk dan alergik.
Ini cara mudah untuk cuci buah-buahan. Boleh guna salah satu bahan di bawah; -Garam -Cuka -Soda bikarbonat
Salah satu dari 3 bahan ini wajib ada di rumah untuk kita cuci buah dan sayur. Tak boleh putus stok okay.
Kalau nak guna sabun pencuci buah pun boleh, cari yang natural dari bahan semula jadi. Tapi, sebab dah boleh dapat 3 bahan tadi dengan harga jauh lebih murah, sebab tu saya tak guna sabun pencuci buah.
1. Garam – 1 sudu kecil garam : 1 cawan air 2. Cuka – 1 cawan cuka : 3 cawan air 3. Soda bikarbonat – 2 sudu kecil soda bikarbonat : 4 cawan air ( nak mudah boleh beli jenis shaker. Boleh klik SINI )
Kacau sebati, dan rendam buah atau sayur dalam 10 – 15 minit. Kali ini saya buat untuk buah strawberi dan blueberry. Boleh tengok gambar ya macam mana saya buat. Tak susah pun, perlukan sedikit je effort dari kita.
Lepas rendam boleh bilas dan tos.
Kita cuba sama-sama ya, basuh buah dengan lebih teliti lepas ni.
Selain tanam sayur dalam pasu, ramai juga yang buat raised bed atau garden bed untuk bercucuk tanam. Seronok bila nampak ini pokok pokok sayur ini membesar sekata.
Bila dah tuai tak sabar pula nak tanam yang baru. Jika nak tanam pokok sayur yang baru di garden bed ini dalam tempoh yang sekejap kena tahu cara membaja yang sesuai supaya tanah cukup khasiat untuk pokok baru.
Dikongsi oleh Harun Arun langkah ini boleh dilakukan.
Garden bed ni baru tuai 2 hari lepas, nak gaul semua sekali dengan tinja ayam dah tak sempat dah (tanah dah lama guna asal dulu tanah campuran tanah hitam, topsoil, pasir, tinja ayam).
Nanti nak kena tunggu pula 10 hari baru boleh tanam, kalau lepas gaul terus tanam nanti takut akar kena panas baja. Jadi semalam gembur sikit tanah, pagi ni terus tanam.
Caranya;
Letak baja organik buat style pocket saja. Rate per pocket lebih kurang 2 sudu besar, terlebih terkurang takpa, tak rugi dan tak rosakkan pokok.
Sifat baja organik (baja ni boleh beli di Shopee) ini slow release, boleh tahan lama duduk dalam tanah & akan sentiasa berterusan supply nutrients pd pokok. Jadi makin rajin kita tambah bahan organik ni tanah makin cantik, tanah boleh guna sepanjang masa, tak perlu ganti lagi dah.
Pocket buat jauh sikit dari pangkal anak pokok lebih kurang 3 atau 4 inci. Sifir tok lagi 7 hari sempat akar anak pokok ambik nutrien kat situ. Buat sementara ni biar pokok makan dari sisa-sisa baja yg ada tertinggal dalam tanah sebelum ni.
Rumput-rumput kering yang letak sebelum ni dah digembur sekali dengan tanah, bila dah terurai nanti bakal jadi baja. Hari ni tambah rumput baru pula.
Info sungkupan
Atas raised bed ini letat rumput kering sebagai sungkupan. Tapi kalau nak guna rumput sebagai sungkupan kena solarization dulu bagi benih rumput mati. Masukkan saja dalam plastik, ikat, jemur tengah panas 1 atau 2 minggu baru guna. Boleh juga buat sungkupan guna daun-daun kering.
Info buat raised bed
Boleh guna tanah campuran, kalau bed tinggi boleh letak rumput/daun/sisa dapur bahagian di bahagian dasar.
Bunga hiasan selalu ada dalam setiap rumah. Tapi cuba tengok mesti berdebu kan, lagi jelas kalau bunga warna putih.
Tapi bunga hiasan yang dah berdebu ini jangan terus buang sebab kotoran pada bunga ini boleh saja dibersihkan.
Apa yang perlu kita buat cuci saja. Cara untuk mencuci bunga hiasan ini dikongsi oleh Hani Mynis.
Kumpul semua bunga termasuk yang ada di ruang tamu, dapur, bilik tidur, luar rumah. Sebelum tu, tip ini khas utk pokok @bunga dari latex atau plastik @polyester sahaja. Dari baldu kena buat dry cleaning sahaja.
Sama ada kategori jenis material pokok/bunga. Plastik, polyester, silk, baldu, latex dan lain-lain . Susun juga ikut kategori jambangan bunga, dedaun sahaja, berpasu dan sebagainya.
Untuk jambangan bunga yang perlu digubah, ambil gambar gubahan dulu sebelum dicabut. Lagi-lagi yang digubah siap di kedai. Sebab nanti kira nak leraikan gubahan, basuh dan gubah semula. Kecuali mmg berbakat menggubah bunga, abaikan langkah ni.
jadi takda lah kes tertinggal setangkai bunga masuk pasu lain. Ikat guna getah atau cable tie. Hani memang ikat siap-siap dengan cable tie. Masuk je sejambak dalam pasu terus.
Sediakan besen berisi air paip. Masukkan 1 sudu pencuci pinggan mangkuk cecair dan 1 sudu pelembut /pewangi fabrik. Pilihan lain menggantikan pelembut /pewangi fabrik ialah essential oil (masukkan 4 titis). Kacau campuran tadi sehingga berbuih.
Jangan campur dan jangan rendam (sebab ada bunga atau daun yang gam nya kita tak tahu cepat kembang atau tak). Masukkan dalam campuran tadi. Kacau sikit secara perlahan.
Tak perlu diberus. Kecuali kesan kotoran degil yang perlu diberus, guna berus lembut sepertu berus gigi terpakai. Untuk setiap jambakan /set ambil masa 1-2 minit je. Kalau buat regular maintainance (dry cleaning), proses ni memang tak lama sebab tak lah kotor sangat. So bila nak cuci pun tak amik masa lama dan insyaAllah bunga tahan cantik lebih lama. Nampak macam baru je.
Untuk bunga berpasu, boleh kena air tapi jangan direndam dalam air pasu nya. Takut gam kat pasu kembang. Kena air lalu sikit semasa bilas tak pe. Tapi cepat-cepat tos.
Semasa membilas pun tak perlu lama. Kalau boleh tak nak bau pewangi fabrik tu hilang. Untuk setiap jambakan ambil masa 1 minit begitu. Langkah terakhir, jemur sehingga kering. Tak mau lembap sebab nanti boleh rosakkan bunga (bertahi lalat, berkulat dan bila lembap lagi mudah attract habuk pada pokok/bunga balik).
Nota: Kekerapan deep cleaning : 6 bulan atau setahun sekali
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...