Selain teh, air kopi Nescafe juga antara minuman yang disukai untuk hidangan waktu pagi. Meski ada saja cara mudah untuk bancuh menggunakan paket 3 dalam 1, tapi Nescafe yang dibancuh sendiri sebenarnya lebih sedap.
Malah jika tahu sukatan yang sesuai, air Nescafe yang dibuat sendiri ini akan jadi lebih enak dan perfect.
Dikongsi oleh Wan Luqman berbekal pengalaman bekerja di kafe penyediaan kopi terkenal ini adalah sukatan untuk air Nescafe yang sempurna, cukup manis, pahit dan rasa lemak! Boleh ketagih untuk bancuh hari-hari.
Cara bancuh air Nescafe yang perfect, cukup manis, pahit dan lemaknya
Berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera kander. Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecil. Pun sedap! Tapi Nescafe ni power, ini resipi bancuhan untuk seorang minum.
1.Sesudu kecil Nescafe. Tapi jangan penuh menggunung.
2. Susu cair dalam 2-4 sudu kecil.
Ads
3. Susu manis 1 setengah sudu.
4. Campurkan dan kacau sekali.
Ads
5. Warna bila dicampur dan dikacau, waktu ini bau macam dekat Starbucks kononnya. Jangan risau, ini just nice tak manis sangat. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.
6. Lepas kacau, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih!
Ads
7. Dah siap! Memang sedap, jangan ketagihan sudah. Perhatikan warnanya, warna Sungai Pahang inilah yang kita nak. Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara. Jadi kebiasaan bekerja di cafe dulu, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4 cawan.
Keadaan kediaman sekarang yang tak banyak tingkap menyebabkan setiap kali memasak satu rumah akan berbau. Apatah lagi kalau menumis sambal atau menggoreng ikan, memang melekat baunya.
Walau tingkap dan pintu yang ada dibuka, baunya tetap ada. Bagi menyahkan aroma tak sedap lepas memasak ini, boleh praktikkan cara ini.
1. Rebus daun limau purut
Ambil lima atau enam helai daun limau purut kemudian rebus. Ketika merebus aroma limau ini akan mewangikan kediaman. Tutup api kemudian biarkan air rebusan daun limau tadi dalam keadaan terbuka.
2. Kulit limau dan kulit kayu manis
Rebus kulit limau dengan air kemudian masukkan serbuk kulit kayu manis. Masak hingga ia naik bau dan biarkan sejuk. Masukkan dalam botol semburan dan sedia digunakan untuk mewangikan ruang dapur atau ruang lain.
3. Hiris daun pandan
Hiriskan daun ini kecil-kecil seperti mahu membuatkan bunga ramoai. Kemudian letakkan saja di dalam bekas terbuka. Ruang akan jadi harum semerbak dengan bau pandan.
4. Potong limau kasturi
Lagi petua guna limau tapi limau kasturi. Hiris nipis limai dan letak dalam bekas atau mangkuk berisi air. Biarkan di atas meja, agar bau limau ini memenuhi ruang. Selain itu ini juga boleh jadi elemen hiasan meja.
5. Selit arang
Bagi menyahkan bau masakan yang kurang menyenangkan, boleh letakkan arang di dalam pasu bunga hiasan. Ia akan menyerap bau dengan cepat.
Kesan calar atau gores di panel pintu kereta atau door trim ini boleh buat kita geram. Boleh jadi terkena mainan anak, benda tajam atau mungkin juga ada tangan yang mengopek sambil duduk dalam kereta.
Takkanlah nak tukar satu pintu semata-mata kerana kesan calar ini kan. Harga boleh cecah RM1k untuk satu pintu.
Sebenarnya kesan calar/gores pada door trim ini boleh kita selesaikan sendiri dan caranya cukup senang. Tak perlu bawa pergi bengkel habis beratus untuk caj baiki kerosakan kecil ini. Hasilnya memang terbaik, kesan goreng langsung tak nampak.
Tip mudah hilangkan kesan gores pada permukaan panel pintu kereta
Ujarnya yang mendapat tip daripada salah seorang rakan netizen untuk hilangkan kesan tersebut tak perlu guna alatan, blower dan sebagainya.
Apa yang diperlukan cuma;
Plastik keras (paip PVC, batang pen atau mainan anak)
Kiwi kasut hitam
Caranya:
1. Gosok/tonyoh dengan lembut bahagian permukaan yang bercalar dengan plastik keras.
2. Gosok hingga permukaan jadi rata semula.
3. Kemudian letak kiwi kasut hitam dan gosok semula.
4. Ulang semula langkah 1-3 hingga kesan calar tak kelihatan.
Hasilnya
Langsung tak nampak kesan gores sebelum ini.
Waktu menggosok plastik keras pada permukaan panel akan terhasil pemanasan secara semula jadi melalui proses geseran. Ia membantu permukaan jadi rata tanpa merosakkan material asal.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Ayam goreng salut tepung yang rangup macam ni memang kegemaran ramai. Makan pula waktu panas, lagi sedaplah meratah. Sebab itu ramai yang jual ayam goreng ini.
Tapi kita pun boleh saja buat sendiri di rumah. Lagi jimat sebenarnya terutama kalau kita buat sendiri bancuhan tepung. Kalau nak cuba, boleh gunakan cara yang dikongsi oleh peniaga ayam goreng ini sendiri Yayar B. Awang Noh.
Cara buat ayam goreng salut tepung rangup
Hari ini saya kongsikan resipi tepung ayam goreng yang saya buat mencari rezeki. Adunan tepung ini banyak dan boleh disimpan.
Bagi menampung kos tepung, ada tepung campuran yang saya proses sendiri. Meh saya ajar bancuhan tepung ayam yang saya buat. Adunan tepung ini banyak dan boleh disimpan.
1. Ajinomoto dan garam dicampur dan kisar menggunakan blander kering sampai halus.
2. Campur semua bahan dan kacau sehingga merata. Ok siap tepung ayam buatan sendiri. Tepung ini saya akan campur tepung segera yang beli (saya guna tepung serba guna jenama Puas). Ketepikan dan kita sediakan ayam pula.
3. Ayam dicuci bersih dan dalam keadaan ayam basah-basah pecahkan telur sebiji atau dua biji, bergantung kepada kuantiti ayam.
4. Taburkan sedikit tepung dalam ayam tadi untuk memekatkan keadaan ayam.
5. Dalam bekas yang lain sediakan tepung ayam yang banyak untuk sadur ayam.
Ambil ayam dan gaul dalam tepung ini. Jangan nipis, jangan tebal sangat.
6. Terus masukkan ke dalam minyak yang banyak api sederhana. Siap.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...