‘Sulam’ Guna PVC Edging, Cara Bajet Ubah Pintu Pagar Biasa Jadi Lebih Tertutup

Share

Buka pintu rumah, terus nampak jiran atau orang lalu lalang depan rumah. Ini situasi kalau duduk di rumah teres sekarang.

Memang tiada privacy, kalau ada bajet lebih bolehlah tukar pintu pagar atau naik tembok. Tapi kalau bajet kurang boleh juga buat tapi gunakan idea yang dikongsi oleh Azwan Azmi. Modalnya tak sampai pun RM100.

Menggunakan PVC Edging yang disulam pada pintu pagar beliau berjaya mengubah pintu pagar biasa yang terbuka menjadi lebih tertutup atau privasi.

Berikut adalah perkongsian beliau bagi yang nak mencuba idea yang sama.

Sulam pintu pagar guna PVC Edging untuk pintu pagar lebih tertutup

Modal tak sampai RM100 pun dah dapat pagar privasi yang cantik. Idea datang daripada group ni jugak (Tukang Apa Hari Ini) .

Terus buka Shopee beli PVC Edging saiz 50mm. Setakat seminggu siap ni dah kena hujan dan panas, tak ada apa masalah pun.

Lepas pasang ni memang ada privasi. Nak buka pintu pun rasa tak la terbuka sangat orang nampak dalam rumah.

Saya lekatkan guna stepler je. Gunakan stepler yang No3. Kalau yang kecil biasa tu takut tak lepas. Tak perlu nak skru pun.

Lepas tu lapiskan guna paint marker untuk elak karat. Untuk pagar ni saya pakai lebih kurang dalam 150meter. Ada lebih boleh pasang kat belah belakang pulak.

Artikel berkait: Tiada Bajet Naik Tembok Boleh Guna Fence Edge Ini Supaya Kawasan Rumah Lebih Privacy 

Ini link kalau nak cuba buat sendiri di rumah ya:

  1. PVC Edging https://shope.ee/1AiWnyL3b8 atau https://invle.co/clbbsrt

2. Stepler no 3 https://shope.ee/9UNejetW3U atau https://invle.co/clbbtdj

Sumber: Azwan Azmi

 

IKLAN