Sup kosong antara hidangan sampingan kalau makan di gerai-gerai masakan panas. Sup ini selalu disediakan dengan nasi goreng atau nasi ayam kunyit.
Meskipun kosong tanpa isi tapi punyalah sedap menghirup. Kalau teringin nak menikmatinya di rumah boleh saja buat sendiri. Boleh ikut perkongsian Eny Abdullah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
Pes sup tulang
Batang daun sup
Pati ayam
Serbuk lada putih
1. Tumbuk kasar halia dan bawang putih.
2. Kemudian, masukkan air ke dalam periuk dan pes sup tulang Adabi 2 sudu kecil.
3. Kacau sebati dan masukkan batang daun sup, halia, bawang putih dan pati ayam.
4. Biarkan sup mendidih dan masukkan pula 1 sudu kecil serbuk lada putih.
5. Setelah mendidih, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Boleh juga guna satu lagi cara perkongsian tukang masak restoren sendiri iaitu Nur Fira Yana.
Bahan-bahan
Halia
Lengkuas
Bawang holland
Akar daun sup
Akar daun bawang
Akar ketumbar
Air rebusan ayam
Rempah Sup,
Limau nipis
Cara membuat
Selamat mencuba
Sumber: Resepi Eny Abdullah