Supaya Pokok Kari Tumbuh Serumpun Merimbun Buang Dulu Kulit Pada Keratan Baru Tanam

Share

Pokok kari antara tanaman yang mudah ditanam, cucuk saja keratan batang akan keluar benih.

Tapi belum tentu lagi pokok kari tumbuh merimbun, selalu juga yang ada 2-3 cabang daun kari saja.

Jika nak pokok kari tumbuh serumpun, rimbun banyak daun untuk kegunaan masakan boleh cuba cara yang dikongsi Fazlie Che Fauzi

.

Cara tanam pokok kari dari keratan batang, kelar dan buang kulit

1) Potong batang kari yang sudah tua dalam 4-5 inci.

2) Buang kulitnya separuh saja, jangan sekeliling batang.

3) Jadi seperti ini.

4) Letak di atas tanah dengan bahagian yang telah dikelar mengadap ke bawah. Biarkan begitu tanpa perlu tambun tanah. Siram hari-hari, letak di tempat teduh dulu.

5) Cara ini keratan batang akan keluarkan tunas lebih banyak, dapatlah serumpun pokok kari.

Ini gambar pokok kari bertunas selepas lebih kurang seminggu.

Selamat mencuba.

Sumber: Fazlie Che Fauzi

Artikel berkaitan:

5 Tip Jika Pokok Kari Yang Ditanam Tak Membesar & Tak Banyak Daun

 

IKLAN