Tabur Garam, Tip Simpan Aiskrim Supaya Kekal Beku, Tak Cair. Berguna Bila Buat Acara Luar

Share

Bila buat acara keluarga kat luar sama berkelah, berkhemah, barbeku atau acara makan-makan lagi best kalau bawa sekali aiskrim.

Tak perlu risau masalah aiskrim cair kalau tahu cara untuk memastikannya kekal beku. Dikongsi oleh penjual aiskrim sendiri di dalam akaun Tik Tok beliau @abamaiskriem

caranya cukup mudah cuma gunakan ais dan garam saja untuk memastikan aiskrim tahan lama tak cair. Berikut adalah cara yang beliau tunjukkan.

1. Sediakan termos/ice box yang lebih besar daripada bekas aiskrim.

 

2. Masukkan bekas aiskrim dalam termos dan tuang ketulan ais di keliling bekas aiskrim.

3. Kemudian tabur garam kasar di atas ais keliling bekas aiskrim.

4. Seterusnya tabur lagi ketulan ais.

5. Tabur sekali lagi garam di atas ais dan tambah lagi ketulan ais hingga memenuhi termos.

Ini aiskrim yang digunakan untuk kenduri kahwin, letak 2 layer garam sudah memadai. Kalau lebih nanti terlebih keras.

Selamat mencuba.

Boleh juga tonton video beliau di bawah

@abamaiskriem ada yang lupa ke cara letak ais dan garam?? ha ni abam refresh balik kasi segar hihi.. untuk kenduri kawin elok letak 2 layer garam sahaja, letak lebih layer takot terlebih keras, jom scoop aiskrim, harini 26/2/23 abam meriahkan 3 majlis, #abamaiskriem
#aiskrimmalaysia #catering ♬ suara asli – Dharmaa maa – MaaDharmaa_330

 

IKLAN