Dah Pecahkan Botol Minyak Wangi, Lihat Cara Anaqi Pujuk Ibunya. Comel Sungguh!

Dah Pecahkan Botol Minyak Wangi, Lihat Cara Anaqi Pujuk Ibunya. Comel Sungguh!

 

 

Bukan saja comel, tapi keletah anak pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob ini juga selalu mencuri perhatian netizen. Dapat pula ayah yang sempoi dan suka melayan.

Pasangan ini juga selalu berkongsi telatah anaknya Nadi Anaqi di instagram mereka. Terbaru yang menarik perhatian adalah cara Anaqi membeli jiwa Shera selepas memecahkan botol minyak wangi yang ada dalam beg miliknya.

Punyalah comel, siap beri nota lagi pada mama. Memang sweet. Tak sampai hati nak marah tau!

 

Sweet betul nota tu

Cerita siang tadi.

Siapa yang tertengok instastory Mommy tadi mesti tahu kes hempasan handbag Mommy oleh Anaqi. Secara tidak sengaja mungkin tapi walau apapun tetap perlu dijadikan pengajaran untuk dia supaya lebih berhati-hati.

Sebelum berlakunya insiden tersebut, Mommy and Anaqi dah plan nak beli aiskrim sebelum ke bazaar raya. Tapi bila dah jadi, memang tak dapatlah sesi beli aiskrim tu.

Bila dah sampai bazaar, dan dalam kesibukan Mommy melayan customer yang singgah di booth, rupa-rupanya dalam diam ada percubaan membeli jiwa Mommy oleh Anaqi. Idea dia sendiri, tanpa bantuan sesiapa. Disuruhnya Mommy baca, tersengih dan berbungalah hati Mommy.

 

Alahai anak, siap buat ice cream card bagai semata-mata nak dapatkan juga aiskrim tu. Hurmmm, tengoklah esok macam mana kalau mood Mommy baik .

Yang penting, tiba-tiba dia tulis Daddy’s song ‘Nak Ke Taknak Lepak Mamak’ tu dah kenapa??? Apakah??? Nampak sangat Daddy selalu nyanyi lagu tu dengan Anaqi.

Comel kan Anaqi ni, pandai pulak pujuk mommy dia beli aiskrim. Kalau dah dapat kad macam ni mak mana yang nak marah. Senyum adalah. Rasanya ikut perangai Zahiril nih!

 

Sumber: sheraaiyob

 

 

 

 

Panduan Solat Tarawih Paling Ringkas Di Rumah Untuk Ibu Ada Anak Kecil

Panduan Solat Tarawih Paling Ringkas Di Rumah Untuk Ibu Ada Anak Kecil

 

 

Meski teringin untuk menunaikan solat tarawih di masjid yang tentunya lebih besar ganjaran kerana berjemaah pada bulan Ramadan ini namun tanggungjawab sebagai ibu menyebabkan ada wanita terpaksa memendam hasrat tersebut.

Tapi Islam itu memudahkan, walaupun tidak dapat melaksanakannya di masjid berjemaah, kaum ibu terutama yang punya anak kecil boleh saja melakukannya di rumah dengan cara yang ringkas. Lebih dari itu solat di rumah itu sebenarnya lebih afdal bagi kaum wanita.

Solat tarawih didirikan selepas menunaikan solat Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi kaum ibu boleh menunaikannya selepas anak kecil tidur dan selesai melakukan kerja rumah agar dapat mengerjakan solat dengan tenang.

Bagi ibu yang punya anak kecil dan sukar ditinggal lama maka boleh melakukan solat sunat tarawih yang paling ringkas ini di rumah.

Panduan solat tarawih ringkas, sendirian di rumah

● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bacaan-bacaan di dalam solat adalah sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja.

● Rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

● Oleh kerana solat tarawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, 20  atau sebagainya).

● Segala bacaan di luar solat, seperti selawat dan doa  tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat.

Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

Panduan solat sunat witir

Solat tarawih diikuti oleh solat witir. Ia adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad.

Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”

● Zikir Selepas Solat Witir [30 kali]
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

● Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai…

 

Sumber: www.islamituindah.com

 

 

 

 

 

 

Lihat Anak Menggelupur Sakit, Kulit Cair Bila Minyak Panas Tumpah Atas Badan. Ibu Imbas Pengalaman Paling Ngeri Dalam Hidupnya

Lihat Anak Menggelupur Sakit, Kulit Cair Bila Minyak Panas Tumpah Atas Badan. Ibu Imbas Pengalaman Paling Ngeri Dalam Hidupnya

 

 

Sedangkan terkena sedikit minyak panas pun kita yang dewasa ini terasa sakitnya, inikan pula bayi yang baru berusia setahun. Bukan setitis tapi sekuali!

Memang ngeri bila membayangkannya tapi itulah situasi yang dilalui oleh seorang ibu bernama Masitah bila minyak panas dalam kuali tumpah ke badan dan wajah anaknya gara-gara kecuaian pembantu rumah yang membawa anak kecilnya ke dapur ketika sedang memasak.

Meski kejadian itu sudah tiga tahun berlalu namun ia tak mungkin dapat dilupakan. Ikuti perkongsian ibu yang masih trauma ini terutama saat melihat anak menggelupur di lantai sebaik terkena minyak panas. Semoga ia jadi pengajaran juga buat ibu bapa lain.

Dah pesan jangan bawak anak ke dapur waktu memasak!

Salam semua, nama saya Mashitah dari singapore. Saya adalah ibu kepada Aafa berumur 4 tahun. Baru kali ini saya berani nak open-up tentang bagaimana anak kesayangan saya , anak tunggal saya sorang menjadi mangsa terkena minyak panas kerana kecuaian bibik.

Kejadian yang berlaku pada tahun 2015 memang tidak akan hilang dari memori saya walaupun sudah banyak kali saya dirundung depression.

June 2015 – masa tu baru 3 hari Ramadan, memang saya keletihan sangat sebab di awal ramadhan badan pun baru nak adjust dengan puasa. Kebetulan suami saya demam dan saya sangat kalut ke sana kemari untuk prepare juadah berbuka.

Saya dah pesan JANGAN BAWAK AAFA ke dapur waktu sedang memasak!

Saya dah pesan banyak kali, SAYA DA PESAN BANYAK KALI!! Kenapa bibik tuuuu BAWAK JUGAK!!!!! Seriously kalau ingat balik memang sakit hati sangat…

Anak menggelupur, kulit cair macam kena asid.

Masa saya sibuk-sibuk hidangkan makanan dengan tiba-tiba saja bila saya toleh. Bila saya toleh itulah pandangan paling ngeri sekali seumur hidup saya. Saya tak sanggup nak ingat balik episod tu.

Bayangkan anak yang kita sayang , anak yang kita tatang , anak yang baru umur setahun menggelupur kerana minyak panas daripada kuali tertumpah di badan dia.

Kita ni terkena air panas sikit pun da sakit gila. Ini lagi minyak sis. Bukan minyak suam, bukan minyak sejuk. Tapi minyak yang tengah panas gila waktu menggoreng tu.

Ya Allah luluh betul hati saya , SAYA PANIK!!! Saya tak tau nak buat apa. Saya menjerit sekuat hati. Saya dah tak waras waktu itu. Ya Allah saya dah hilang arah.

Anak yang saya sayang…Aafa mummy yang handsome, yang cerdik, yang baik tiba-tiba kulit cair macam terkena asid sebab minyak terlampau panas sampai makan kulit.

Saya menjerit macam orang gila, macam orang takde akal. Saya menangis menjerit-jerit sehingga jiran datang ketuk pintu. Saya dah tak kisah dah waktu tu orang cakap apa.

Nak cakap saya gila ke saya bodoh ke. Tapi hati saya hancur tengok anak saya menggeletis macam ulat kena minyak panas.

Berlari turun tangga dukung anak

Suami saya yang sedang demam itu terus panic dan lari dekat kitorang. Kami suami isteri jadi BLANK! Otak kosong!! Tak tahu nak buat apa. Kami capai aloe vera gel dan terus lumur satu badan aafa. Berbotol-botol kami lumur kebetulan ada extra stock di rumah.

Baru la aafa diam sikit tapi mummy tau aafa tengah perit tanggung sakit kulit tersiat-siat daripada daging. Allahu…anak mummy kuat, mummy yang tak kuat.

Lepas dia dah bertenang sikit, baru saya boleh bertenang dan call ambulance. Masa saya call tu lagi sekali saya meraung dekat paramedik tu. Nak explain macam mana pun tak tau dah.

Bila ambulance datang tu kulit Aafa da mengelupas sampai nampak isi merah-merah. Saya ingat lagi kami berlari-lari turun tangga sambil dukung aafa yang tengah sakit masa tu merengek-rengek.

Time tu Allah je yang tahu betapa hancurnya hati ibu bapa yang jaga anak dari kecik semut pun tak bagi gigit,tiba-tiba kena kemalangan yang sangat dasyat.

Meraung di hospital, 5 hari berteman air mata

Masa tu tak tau nak marah siapa tapi saya ingat memang saya still tak boleh terima perbuatan bibik tu.
Bibik kenapa bibik tak dengar cakap saya?

Yang rosak physical anak saya , bibik di mana sekarang? Paling teruk pun bibik balik negara bibik balik. Bibik tak perlu keluar duit ratus ribu untuk rawat anak, bibik tak perlu handle aafa tetiap malam trauma nak tidur, bibik tak perlu hadap muka and mulut orang-orang jahat yang hina dan kutuk Mas dan aafa depan-depan.

Masa sampai hospital tu saya meraung lagi , doctor and nurse cepat-cepat attend AAFA and masukkan ke ICU. Hancur luluh hati saya waktu itu Allah sahaja yang tahu.

Untuk 5 hari saya bertemankan air mata dan tak jamah makanan satu apa pun. Selama 5 hari tu juga saya masih dalam keadaan SHOCK dan tak dapat menerima kenyataan. Saya langsung tak rasa lapar, haus, sebenarnya saya TAK RASA APA LANGSUNG! KOSONG!

Affa dikomakan sebab kesakitan yang amat sangat

Otak dan hati saya waktu tu hanya nak satu je iaitu nak Aafa selamat , nak aafa kembali bermain macam anak-anak normal, nak aafa yang kulit cantik macam dulu, saya just nak aafa bangun dari koma.

(Ye doctor kene komakan dia sebab kalau dia dalam keadaan sedar mereka tak boleh rawat dia sebab dia akan rasa kesakitan yang sangat dahsyat)

Selepas kejadian itu ramai orang RAMAI ORANG SALAHKAN SAYA sebab tak pandai jaga anak. Dah la anak saya dikomakan, kulit tersiat ditambah lagi dengan hinaan dan judgemental daripada netizen-netizan. Hati saya tiap hari menangis dan saya mengalami POST TRAUMATIC DEPRESSION.

Berkali-kali tanya soalan sama, macam mana boleh minyak tu kena? Kenapa masuk dapur? And many more, tapi IBU MANA NAK ANAK JADI GITU? Saya kerja teruk kot, tatang anak sampai suami naik rimas! Terlalu protective but this happened.

Saya nangis tanpa henti, setiap kali masuk ICU tengok anak saya koma.. saya takut sangat dia pergi tinggalkan saya. Dia satu-satunya darah daging saya.

Depressed sampai kena kaunseling

The incident sampai viral the whole world! Netizen ramai tanya, ada marah, ada keji. For a while saya depressed sangat smpi kena kaunseling.

But guess what, saat ramai salahkan saya, lebih ramai datang hulur bantuan and support! FROM ALL OVER THE WORLD! Terlalu ramai smpi datang dari Europe pun ada. Doctor pakar call nak tolong. Subhanallah! Doctor kat Korea pun suruh datang nak bantu bekas melecur yg teruk tu!

Media in Singapore truly amazing! They cover our story beautifully. Till today, masih lagi ingat and asking about how is aafa doing! THANK YOU! #powerfulofmediainmylife

Dari koma, kini sudah berlari berkat doa orang ramai

Dari mereka semua lah.. saya kumpul seluruh kekuatan,tenaga.. from ICU to normal wards. MY CHILD GETS BETTER and BETTER! From Critical to Alhamdulillah.. dari dia koma, lupa semua merangkak berjalan.

sampai dah berlari. Berkat doa beribu orang, masjid-masjid di Singapura, Malaysia. Saya sangat terharu. Allah datangkan rezeki dan kasih sayang ramai sangat 1 dunia.

Dan setelah itu, saya kumpul kekuatan untuk jadi seorang MUMMY untuk anak saya. My motherhood journey will be different and unique. DALAM OTAK SAYA, CARI DUIT! CARI DUIT! AAFA PERLU RAWATAN!

Saya nak mintak kawan-kawan semua doakan saya ye hadapi ujian ni and saya doakan supaya tiada siapa pun mengalami nasib seperti saya ameen 🙂

Sumber: Lovera Baby,  @lovera.baby

 

 

 

(KAJIAN) Tugas Suri Rumah Sepenuh Masa 2.5 Kali Lebih Teruk Dari Wanita Bekerja Sepenuh Masa

(KAJIAN) Tugas Suri Rumah Sepenuh Masa 2.5 Kali Lebih Teruk Dari Wanita Bekerja Sepenuh Masa

 

 

Kita sangka wanita bekerja punya rutin yang cukup memenatkan, maklumlah selesai bekerja sambung pula tugas di rumah.

Tapi hakikat sebenarnya wanita yang tidak bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa adalah lebih memenatkan.

Menurut kajian terbaru tugas seorang suri rumah adalah 2.5 kali lebih berbanding pekerjaan sepenuh masa yang lain.

Tinjauan melibatkan jadual mingguan 2,000 ibu di Amerika Syarikat yang mempunyai anak berumur antara 5 hingga 12 tahun.

Secara purata, kerja seorang suri rumah bermula seawal jam 6.23 pagi, lebih awal daripada kebanyakan pekerja lain memulakan hari mereka.

Sementara tugas harian mereka, sama ada berkaitan pekerjaan atau penjagaan anak hanya selesai jam 8.31 malam.

Ini bermakna seorang suri rumah bekerja 14 jam sehari atau secara purata 98 jam seminggu.

Kajian yang dijalankan Welch’s sebuah syarikat jus di United Kingdom pula mendedahkan, suri rumah hanya mempunyai 1 jam 7 minit untuk bersendirian atau melakukan sesuatu untuk diri sendiri.

Waktu tersebut dikategorikan lebih sedikit berbanding waktu rehat tengah hari dalam sektor pekerjaan yang lain.

Laporan The Independent pula mendapati 40 peratus golongan ibu merasakan mereka didominasi oleh senarai tugas yang tidak pernah berakhir.

Sumber: Astro Awani

 

 

 

 

 

Tak Payah Berpeluh Pakai Pam Atasi Singki Tersumbat. Wanita Ini Ajar Cara Paling Mudah, Cuma Guna 3 Bahan Dapur

Tak Payah Berpeluh Pakai Pam Atasi Singki Tersumbat. Wanita Ini Ajar Cara Paling Mudah, Cuma Guna 3 Bahan Dapur

 

Antara perkara yang boleh buat kaum ibu tension waktu berada di dapur adalah bila singki atau saluran air tersumbat.

Boleh bertimbun pinggan mangkuk dan ‘kecah’ dapur dibuatnya bila air melimpah dari singki. Kalau ahli keluarga pulak ramai dan kegemaran mereka makan apatah lagu. Memanglah perlu diselesaikan cepat masalah ini.

Selalunya kita akan guna pam atau pencuci khusus yang dijual di kedai pun untuk mengatasi masalah singki tersumbat, dan  kalau serius sampai terpaksa panggil plumber yang upahnya boleh mencecah beratus ringgit.

Tapi sebelum marah-marah atau panggil plumber mak-mak boleh cuba cara yang dikongsi oleh Damia Hannah ini.

Menggunakan tiga bahan yang biasa ada di dapur iaitu cuka, baking soda dan air panas masalah singki, saluran bilik air ataupun longkat tersumbat pun boleh settel.  Paling best tak berpeluh pun nak selesaikan masalah ini.

Salur bilik air akak tersumbat baru-baru ni, dah dekat 4 hari. Then baru teringat skill ni. tapi sebelum tu tak confident sebab dulu tak teruk macam ni. Yang ini block habis sinki. Longkat luar pun tersumbat.

Sebelum ini akak dah pernah tunjuk skill ni tapi takde video, now dapatlah buat testimoni sekali lagi. Disebabkan terlalu teruk akak beli 2 baking soda.

Cara-cara

1) Tuang baking soda dgn penuh kasih sayang dan kesungguhan.

2) Then masukkan pulak cuka. Tengok kemeluapannya. Tunggu jap 5 minit.

3) Masa ni saya off video pegi ambil air panas dan curah air panas yg baru menggelegak tu…. ! Pastikan panas tahap mggigil nak bawak tau.

4) Sabar tunggu .. akak punya proses ambik masa 1/2 jam lebih (Sempat pergi solat masa ni) selesai solat dengar bunyi gelegak dan air turun serta merta.

Info Penting! Jangan harap dapat hasil serta merta. Kena tunggu 30 minit barulah akan dengar bunyi air mengalir kembali.

Hasilnya

 

 

Saja nak enterframe selepas berjaya. Tak payah pening panggil plumber. Selamat mencuba.

 

Sumber: Damia Hannah

 

 

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: