Tahu Tak Kad Touch ‘N Go Ada Tarikh Luput. Ini Cara Untuk Mohon Refund Jika Kad Ada Banyak Baki

Share

 

Ramai yang tak perasan bahawa kad Touch ‘n Go yang kita guna saban hari itu ada expiry date atau tarikh luput.

Tempoh penggunaan untuk satu-satu kad Touch ‘n Go ini adalah selama 10 tahun dan tarikh luput ini boleh anda periksa di belakang kad.

Apa nak buat kalau kita tak perasan dan hanya tahu kad luput bila berada di depan palang tol. Mahu tak mahu kena minta bantuan petugas tol.

Situasi ini memang akan menyusahkan kita dan kereta di belakang. Sebelum kejadian ini berlaku, eloklah periksa kad Touch ‘n Go yang kita gunakan selama ini.

Foto Soyacincau

Apa nak buat kalau kad dah luput?

Kalau tiada baki, boleh beli kad baru harganya RM10. Namun jika kad yang dah luput masih ada baki yang banyak kita boleh memohon refund dari Touch ‘n Go.

Caranya boleh pergi ke kaunter khidmat pelanggan Touch ‘n Go di Nu Sentral

atau Subang Jaya sekiranya anda berada di Kuala Lumpur atau Selangor.

Kita akan diminta mengisi borang untuk urusan pemulangan duit baki yang akan dimasukkan ke akaun bank atau Touch ‘n Go e-wallet. Proses ini mungkin mengambil masa lebih 30 hari.

Atau pun anda boleh juga layari laman web Touch ‘n Go di SINI untuk memohon refund secara online.

 

Anda boleh juga memohon bantuan untuk perkara ini daripada talian khidmat pelanggan Touch ‘n Go.

 

IKLAN