Tak Basuh Buah Sebelum Makan Boleh Jadi Punca Batuk. 3 Bahan Dapur Ini Boleh Guna Untuk Cuci Buah

Share

Makan buah-buahan segar memang bagus kerana penuh dengan khasiat semula jadi yang elok untuk tubuh badan.

Tapi boleh jadi juga makan buah punca kena masalah batuk. Bagaimana boleh jadi begini? Salah satunya kerana kita tak cuci buah-buahan dengan betul sebelum dimakan. Perkara ini dijelaskan oleh Dr. Mazliana Mazlan, dan beliau turut berkongsi cara mencuci buah-buahan dengan betul.

Makan buah tak dicuci punca batuk dan alergik

Kadang anak batuk dan alergik lepas makan buah, mungkin sebab kita yang tak cuci buah dengan betul.

Saya pernah kena. Anak batuk lepas makan blueberry. Dia terus ambil dari peti sejuk blueberry yang saya baru beli, dan tak sempat basuh pun lagi.

Terus saya serik lepas tu tau. Bila beli apa-apa buah, mesti sampai rumah cuba untuk terus basuh. Sebab takut anak-anak termakan dan batuk lagi.

Dalam buah, dan sayur ada sisa-sisa racun serangga. Itu mungkin antara punca yang buatkan anak batuk dan alergik.

Cara mudah cuci buah guna bahan di dapur

Ini cara mudah untuk cuci buah-buahan. Boleh guna salah satu bahan di bawah;
-Garam


-Cuka
-Soda bikarbonat

Salah satu dari 3 bahan ini wajib ada di rumah untuk kita cuci buah dan sayur. Tak boleh putus stok okay.

Kalau nak guna sabun pencuci buah pun boleh, cari yang natural dari bahan semula jadi. Tapi, sebab dah boleh dapat 3 bahan tadi dengan harga jauh lebih murah, sebab tu saya tak guna sabun pencuci buah.

Ratio untuk basuh buah dan sayur

1. Garam – 1 sudu kecil garam : 1 cawan air
2. Cuka – 1 cawan cuka : 3 cawan air
3. Soda bikarbonat – 2 sudu kecil soda bikarbonat : 4 cawan air ( nak mudah boleh beli jenis shaker. Boleh klik SINI 

)

Kacau sebati, dan rendam buah atau sayur dalam 10 – 15 minit. Kali ini saya buat untuk buah strawberi dan blueberry. Boleh tengok gambar ya macam mana saya buat. Tak susah pun, perlukan sedikit je effort dari kita.

Lepas rendam boleh bilas dan tos.

Kita cuba sama-sama ya, basuh buah dengan lebih teliti lepas ni.

Sumber: Dr. Mazliana Mazlan

 

IKLAN