Tidak dinafikan, bekas plastik atau nama popularnya ‘tupperware’ sering jadi pilihan untuk meletakkan makanan sebagai bekalan untuk dibawa ke pejabat.
Namun yang sering menjadi masalah apabila membawa makanan berminyak seperti sambal yang menyukarkan untuk mencucinya.
Pemilik akaun twitter menggunakan nama @ajezzzzzzz berkongsi cara mudah untuk membersihkan kotoran berminyak yang melekat pada bekas plastik ini.
Ads
Cara Mudah Bersihkan Kesan Minyak Bekas Plastik
1. Letakkan sabun pencuci pinggan
Letak sabun secukupnya.
2. Masukkan air secukupnya.
Letak air.
3. Masukkan juga sekeping tisu dapur.
Letak tisu.
4. Kemudian tutup bekas dan goncang kuat.
Goncang kuat.
5. Akhir sekali buang campuran dan tisu dan cuci menggunakan air bersih. Hasilnya bekas plastik bersih licin.
Hasilnya bersih licin.
Jadi mudah sangat untuk mencucinya dan anda tidak perlu buang bekas plastik kerana masih boleh digunakan semula. Malah hasilnya seperti bekas yang baru dibeli.
Selalu bila nak makan tomyam putih mesti pergi ke kedai makan Thai. Rasanya masakan ini memang akan lagi ‘kick’ di sini.
Tapi lepas tahu cara membuat tom yam putih asli ini, mungkin tak perlu lagi makan di kedai. Boleh buat sendiri resipi tomyam putih tak menggunakan pes dan rasanya lebih sedap. Cara membuatnya dikongsi oleh Eqienura Mokhtar.
Bahan tumbuk:
Cili padi – 5-10 biji (ikut citarasa)
Bawang putih – 2 ulas
Tomato ceri – 4 biji (tomato besar lebih baik)
Bahan titik/ ketuk:
Serai – 2-3 batang
Lengkuas – 1 inci
Halia – 1cm
Cili padi – 5 biji
Bawang putih – 3 ulas
Bahan lain:
Udang
Sotong
Bawang holand – potong baji 1/2 biji
Oyster mushroom
Bunga kobis
Dun limau purut
Dun ketumbar (jika suka)
Air perahan limau nipis – biji
Sos ikan
Garam
Gula (jika suka)
Cara membuat:
1. Sediakan air dalam periuk. Masukkan cili padi, tomato, bawang putih yang ditumbuk. Biar sampai mendidih.
2. Bila sudah mendidih terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang dah dititik. Guna api perlahan saja. Boleh juga masukkan lebih awal bersama bahan tumbuk. Masukkan sekali bawang holand dipotong baji.
3. Biar seketika kemudian baru masukkan sayur. Jangan tinggal tomato dalam tomyam sebab ia menambah rasa masam. Elok guna tomato besar. Masak semua sampai mendidih.
4. Bila sudah mendidih, masukkan daun limau purut. Jangan masuk daun ini awal, nanti kuahnya rasa pahit dan aromanya hilang. Letak akhir sekali pun tak mengapa.
5. Seterusnya masuk bahan perasa. Sos ikan wajib ada. Tomyam setengah periuk boleh guna satu senduk sos ikan. Kemudian sesuaikan rasa dengan garam. Guna dua bahan ini saja untuk perasa.
6. Kemudian masukkan seafood, guna udang dengan sotong saja. Udang buang kepala, tinggalkan ekor saja.
7. Sotong masukkan akhir sekali tapi selur dulu dengan air panas sekejap. Seafood masukkan akhir sekali supaya tak overcooked dan liat. Kalau buat tomyam ayam pun sama masukkan akhir sekali.
8. Sebelum tutup api, masukkan santan atau susu cair satu senduk. Kacau rata dan rasa garam cukup atau tak. Kalau kurang masin tambah lagi. Kemudian tutup api.
9. Akhir sekali tuang jus air limau yang dah siap perah. Dah siap!
10. Sebelum hidang boleh letak daun ketumbar. Tapi jangan banyak sebab daun ketumbar ini akan beri rasa pahit dalam tomyam.
Aroma tomyam ini macam di kedai Siam, rasanya memang tak menghampakan.
-Cara membuat tomyam poktek tambah seafood lain seperti lala, ketam, dan hirisan isi ikan siakap.
-Nak lagi sedap, guna air rebusan kulit udang. Orang Siam tambah gula pes Siam sikit untuk manis kuahnya. Ada satu lagi daun yang orang siam letak, daun ketumbar jawa.
-Kalau nak letak udang besar/ galah/ harimau/ tak perlu buang kepala dan jangan campur seafood lain. Itu rahsianya, jadi rasa tomyam manis saja.
Dalam rumah selalu ada bahagian dinding yang banyak suis. Di situlah kotak loceng rumah, suis kipas, lampu, kotak elektrik atau Main Circuit Breaker (MCB) dan kadang-kadang situlah tempat kita gantung kunci.
Bagi yang suka rumah dalam keadaan tersusun, mungkin akan nampak ruang dinding ini tak kemas dan mencari cara untuk memastikan ia nampak teratur atau menutupinya. Antara idea yang boleh dipraktikkan adalah dari Siti Fatimah Ahmad ini.
Sebelum ini kalau ambil pic mesti dinding ni dielakkan. Rasa macam tak elok gambar yang diambil sebab kedudukkan suiz, loceng dan kotak MCB yang berselerak.
Jadi saya build in satu kabinet untuk cover semua bahagian dan cuba pelbagaikan kegunaan untuk menyimpan kunci dan bil- bil rumah.. Taraa ini lah hasilnya…
Boleh panggil tukang buat kabinet buat macam ni. Selain ‘cover semua suis dan kotak MCB, kabinet ini juga pelbagai guna.
Bahagian atas jadi tempat letak kunci.
Bahagian bawah boleh jadi tempat letak kasut.
Cantik deko bila dah tambah dengan kabinet pelbagai guna.
Bagi yang gemar aktiviti berkebun. Pokok cili sering jadi pilihan untuk ditanam.
Selain untuk kegunaan sendiri, pokok cili juga agak senang hidup dan boleh ditanam di halaman rumah atau di balkoni bagi yang duduk di rumah bertingkat.
Perkongsian dari Cik Pooja memberitahu caranya menanam pokok cili dengan cara lenyek saja biji cili yang masak ranum di tanah sebelum disemai dalam pasu.
Selepas seminggu, semaian akan bercambah. Dan apabila sudah mengeluarkan daun beberapa helai barulah dipindah ke pasu yang baru.
Walau bagaimanapun untuk pokok baru ini jangan terlebih siram dan perlu jaga kelembapan tanah. Dia juga turut menasihati tidak perlu guna baja lagi bimbang pokok ‘panas’ dan akan mati.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...