Kerja membersihkan rumah terutama di dapur memang tak pernah sudah. Tapi kalau nak mudahkan kerja membersih dan juga jimat boleh cuba homemade semburan perkongsian dari Yatie Eimra.

Dia menggunakan semburan ini untuk bersihkan macam-macam perkara di rumah. Antaranya bersih kesan minyak, hilangkan bau hanyir, cuci kain lap dapur, bersih cerek berkarat, malah boleh juga untuk halau semut. Hebat kan!

Bahan yang digunakan pun senang dicari, jadi tak perlu beli pelbagai produk pembersih.

Spray serbaguna (homemade)

Bahan yang digunakan:

  • ¼ cawan cuka putih
  • 1¼ cawan air paip
  • 1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
  • Essential oil/ kulit kayu manis- jika tak mahu ada bau masam

Cara membuat:

Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray. Sedia digunakan.

Homemade Spray Untuk Bersih Macam-macam Termasuk Karat. Cuma Guna 3 Bahan Saja

Kegunaan

1. Hilangkan bau hanyir

Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & singki dengan spray ini untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa

IKLAN

2. Mudah tanggalkan kesan minyak

Bila basuh bekas makanan yang berminyak penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.

3. Masa baking

Jika mahu’membaking, nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi. Boleh spray pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun

Homemade Spray Untuk Bersih Macam-macam Termasuk Karat. Cuma Guna 3 Bahan Saja

4. Bersih kain lap dapur

IKLAN
Selain itu:  Bila Pemaju Minta Ambil Kunci Rumah Yang Dah Siap, Sila Bawa Salinan S&P Untuk Periksa Rumah Ikut Specification Atau Tidak!

Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan minyak akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit, melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum).

Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.

Homemade Spray Untuk Bersih Macam-macam Termasuk Karat. Cuma Guna 3 Bahan Saja

5. Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender

Yang suka buat kek guna blender  elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan. Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak. Tapi kena rendam kejap la. Jangan terus basuh lak..

IKLAN

6. Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik

Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.

Homemade Spray Untuk Bersih Macam-macam Termasuk Karat. Cuma Guna 3 Bahan Saja

7. Semburan ini juga berguna untuk halau semut daripada menjalar di atas dapur

Cuma sembur saja di bahagian yang selalu ada semut. Selamat untuk digunakan kalau di rumah ada anak kecil. Tak perlu lah guna bahan kimia.

TIP: Jika nak buat dalam kuantiti banyak

Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..

Selain itu:  DIY Kolam Mandi Untuk Anak-anak Di Halaman Rumah, Siapa Kata Tak Boleh? Ini Caranya

1½ cawan cuka
7½ cawan air
4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat).

Sumber: Yatie Eimra

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI