Tak Perlu Beli, Buat Sendiri Saja Sos Carbonara. Homemade, Mudah, Sekali Buat Dapat Sekuali!

Share

 

Bila teringin nak makan spageti carbonara, teringat sos yang dah siap dalam tin. Macam-macam jenama ada. Tapi bila masak kuantitinya sikit saja. Kena beli 2 tin baru cukup kalau nak makan sekeluarga.

Sebenarnya daripada beli lebih baik buat sendiri sebab cara membuat sos carbonara ini tak susah mana pun. Jimat juga, sekali buat dapat sekuali. Hasilnya pun puas hati sedap, pekat likat! Resipi perkongsian Arieza Rieza

.

Homemade sos carbonara pekat likat

Bahan sos creamy carbonara (untuk sebungkus spageti):

Mentega
Bawang holland – potong dadu
Tepung gandum – 3 sudu makan
Air – 3 cawan
Susu full cream – 4 cawan
Tatura cream cheese – yang kecil dibelah dua. Ambil sebahagian dan kisar dengan air supaya tak berketul.


Garam, lada hitam, oregano
Daging cincang
Sosej dipotong kasar
Lada benggala

Langkah membuat:

  1. Panaskan mentega kemudian masukkan bawang holland. Tumis sehingga keperangan
  2. Masukkan daging cincang, kacau sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sehingga keperangan sedikit.
  4. Dah agak kering masukkan air dan kacau jangan sampai berketul. kemudian masukkan susu full cream. Kalau pekat tambah lagi susu.

5. Masukkan ke semua bahan lain termasuk cream cheese.
6. Rasa, kalau semua dah ok tutup api dan hidang bersama spageti.


Selamat mencuba

Sumber: Arieza Rieza

IKLAN