Tanam Cili Guna Biji Cili Kering Pun Boleh! Lagi Mudah Tanam, Hasil Cili Pun Lebat

Share

Cili kering memang sentiasa ada di rumah tapi tak terlintas pulak boleh guna jadi benih tanam pokok cili. Memang boleh rupanya.

Cara ini telah dicuba dan ternyata elok hidup subur. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut perkongsian Sue Haiza.

Tanam cili guna biji cili kering

Tanam cili daripada biji benih dari cili kering boleh ke? Jawapannya memang boleh dan insha-Allah hidup subur dan berbuah elok seperti pokok cili dri biji benih yang lain. Saya dah cuba dan 5-6 pokok yang berbuah lebat.

Bagi yang belum tahu dan ingin mencuba untuk bercucuk tanam, boleh cuba. Tak perlu beli biji benih dan lagi senang tanam sebab cili kering dah matang dan bijinya kering. Insya-Allah, kita akan dapat kutip hasilnya nanti.

Langkah untuk tanam benih dari cili kering

1. Gunting cili kering dan ambil bijinya.

2. Sediakan pasu dan tanah.

2. Siram sedikit air pada keseluruhan permukaan tanah.

3. Masukkan biji benih (tabur).

4. Kemudian ambil sedikit tanah, tabur pada permukaan biji benih tadi untuk menutup biji benih. Tutup dengan tanah sedikit saja, jangan banyak.

5. Kemudian siram, selepas itu lakukan rutin siraman setiap hari.

6. Ikut pengalaman selepas seminggu akan keluar tunas. Bila sudah ada 3 atau 4 daun bolehlah dialih ke dalam polibeg, pasu atau tanah.

7. Jangan lupa lakukan pembajaan.

INFO
Hasil cili dari benih cili kering ini kurang pedas dan saiznya agak kecil dari induk.

Semoga bermanfaat

Sumber: Sue Haiza

 

IKLAN