Tanam Kentang Dalam Pasu Saja, Puas Hati Dapat Makan Kentang Segar

Share

 

Sekarang ramai yang minat bercucuk tanam, bagus lah macam tu kan. Selain bayam brazil, serai, daun kunyit, sawi yang senang ditanam di rumah, kita juga boleh cuba tanam kentang.

Ramai ingat tanam kentang macam perlu tanah luas, tapi sebenarnya tanam dalam pasu saja pun boleh.

Macam yang dilakukan oleh Zienie G-nie  geram tengok kentang segar hasil tuaiannya. Kalau ada yang nak cuba tanam boleh ikut perkongsian beliau.

1. Ambil kentang, potong separuh. Cucuk lidi pada kentang pada 4 penjuru.

2. Sediakan bekas/ cawan kecil, tuang air separuh bekas. Masukkan kentang yang dipotong bersama lidi dalam cawan.

Tujuan lidi dicucuk untuk pastikan kentang tidak tenggelam dalam air. Biarkan terkena sedikit saja untuk hasilkan akar.  Tukar air 4 hari sekali.

3. Biar dah berakar dan bertunas, alihkan dalam pasu. Sebaiknya pasu yang tinggi. Letak tanah separuh pasu saja.

4. Masukkan kentang yang dah berakar dalam pasu kemudian tutup dengan tanah. Bila pucuk makin tinggi tambah tanah lagi (saya guna tanah sawit).

5. Semakin meninggi pokok, makin banyak isi. Siram sekali sehari.

Inilah hasilnya

Puas hati dapat makan kentang segar macam ni. Sedap pun sedap.

Selamat mencuba!

Sumber:Zienie G-nie

 

IKLAN