Tanam Pokok Daun Bawang Guna Botol & Air Lagi Mudah Subur. Tak Perlu Tanah!

Share

Biasa tanam daun bawang dalam pasu menggunakan tanah, tapi tanpa dua perkara ini pun kita boleh menanam pokok ini dengan subur.

Caranya cuma gunakan botol air plastik yang sudah tidak digunakan dan air. Kaedah penanaman ini dikongsi oleh Cici Cikyah.

Cara penyediaan
  1. Potong sedikit bahagian atas botol dan di isi dengan air sampai paras yang dipotong.

2. Hiris bahagian atas bawang untuk mencambahkan tunas. Kemudian letak bahagian tampuk akar di atas permukaan botol yang dipotong tadi.

3. Letak bawang ini di tempat yang redup. Biar sehingga akar keluar. Bila air kurang tambahkan air. Insya Allah akan keluar daunnya.

4. Bila daun bawang sudah sesuai untuk dituai, potong daunnya tinggalkan 1 inci dari ubi bawang, supaya ia bercambah kembali. Pastikan airnya penuh ya.

5. Kaedah ini tak gunakan baja, cuma air saja. Kena penuhkan airnya. Selagi akarnya ada.

Selamat mencuba!

Sumber: Keluarga

 

IKLAN