Tanam Pokok Limau Kasturi Dalam Pasu. Cucuk Saja Ranting Dalam Tanah, Nanti Keluarkan Anak Pokok Baru!

Share

Pokok limau kasturi ini memang banyak kegunaannya, baik untuk masakan atau minuman. Jadi elok sangat kalau tanam, paling tidak sepokok di rumah.

Cara nak tanam pun senang, guna keratan batang dan boleh tanam dalam pasu saja. Boleh ikut step by step semai keratan batang limau kasturi yang dikongsi oleh Pyan Sempoy

ini.

Cara semai keratan pokok limau kasturi

1. Pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut/muda & tidak terlalu tua.

2. Potong dan buang pucuk/daun/duri. Tinggalkan 2-3 helai daun sahaja, potong separuh daun-daun tersebut.

3. Cucuk ke dalam tanah yang lembap. Saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam. Padatkan tanah di sekeliling keratan supaya tak bergoyang. Boleh juga guna penggalak akar lagi cepat berakar nanti.

4. Sungkup menggunakan plastik dan bahan seumpamanya. Saya guna cawan plastik atas bawah.

Letak di tempat teduh sampai keluar tunas baru & akar. Siram sikit-sikit jika tanah nampak kering. Waktu sirum kena buka sungkup kemudian tutup balik

5. Pindah ke bekas lebih besar bola anak pokok dah stabil. Ini anak pokok umur 3 bulan lebih hasil semai keratan.

 

Nampak tak ada 2 daun yg dipotong separuh masa semai sebelum ini masih wujud & sihat daunnya.

Boleh potong pucuk bagi dia bercabang banyak. Ajar pokok dari kecik baru lah nanti pokok jadi rendang.

Ini pokok limau yang baru 3 bulan lebih pindah dalam pasu. Sebelum ni dalam polibeg 16×16 saja.

Selamat mencuba!

Sumber: Pyan Sempoy

IKLAN