Tanam Pokok Salad Dalam Beg Plastik Saja. Sayur Lain Pun Boleh, Ini Caranya

Share

Tanam sayur guna pasu, polibeg, botol plastik memang dah lama kita tahu. Tapi rupanya beg plastik yang selalu kita dapat waktu beli barang pun boleh digunakan untuk bercucuk tanam.

Idea tersebut dikongsi oleh Home Garden yang menanam pokok salad dalam beg plastik ini. Bagi yang nak mencuba boleh ikut panduan langkah demi langkah yang diberikan. Tanam sayur berdaun yang lain pun boleh juga.

1. Sediakan tapak untuk semai biji benih. Boleh guna pasu atau tray semaian.

2. Tabur biji benih dan siram. Letak di tempat redup. Bila salad dah ada 4 daun daun atau lebih kurang 8 hari bolehlah dialihkan ke dalam beg plastik.

3. Sediakan beg plastik, pastikan beg plastik jenis yang tidak mudah koyak.

4. Masukkan media dalam beg plastik, boleh guna cocopeat. Atur beg plastik di tempat khas untuk mudahkan penjagaan.

4. Ambil anak benih salad dan semai ke dalam beg plastik berisi media tadi. Buat satu pokok untuk satu beg plastik.

5. Kemudian buat 4-5 lubang menggunakan pisau di bahagian bawah plastik untuk pengaliran air. Terus siram anak pokok selepas dialihkan.

6. Lakukan rutin penjagaan biasa,  siraman 2 kali sehari dan pembajaan.

7. Inilah hasil pokok salad selepas 35 hari. Dah boleh dipetik.

Untuk lebih jelas boleh tonton video ini.

Selamat mencuba.

Sumber: Home Garden

IKLAN