Tanam Sayur Dalam Petak, Ruang Sikit Pun Boleh Buat. Supaya Subur Guna Semburan Air Cengkih

Share

Raised bed garden tak semestinya kena ruang luas, kawasan kecil sudah mencukupi. Tetap boleh bercucuk tanam untuk makan sendiri.

Inilah yang dipraktikkan oleh Lynda Hassan. Jika sebelum ini menanam sayur dalam botol, dia kemudian mencuba pula kaedah penanaman dalam petak atau raised bed garden.

Ringkas saja petak yang dibuat tapi sayur-sayurannya tetap subur, hasil air semburan bunga cengkih. Berikut adalah perkongsian beliau bagi yang ingin mencuba.

Cara tanam sayur dalam petak

Sebelum ini tanam sawi & kangkung dalam botol. Bila tengok orang tanam dalam petak-petak kita pun nak cuba.

Ini first time tuai sawi tu. Alhamdulillah segar bugar. Ada sikit daun kena makan dengan belalang, serangga perosak lain tiada.

Cara saya buat:

  • Saya guna 100% tanah sawit, kedalaman tanah lebih kurang satu jari.
  • Buat petak dari kayu terpakai saja.
  • Boleh juga buat atas laman bersimen tapi sebelum masukkan tanah, alas dulu dengan plastik.
  • Biji benih semai dulu di tempat lain, selepas keluar empat daun baru alih ke petak.
  • Siram dan letak baja, saya guna baja tinja arnab kerana pelihara haiwan ini.
  • Selepas alih ke petak lebih kurang tiga minggu dah boleh tuai hasil.
  • Supaya sayur subur dan tak kena serangan serangga guna semburan air bunga cengkih. Sembur pada daun dan batang.

Cara buat air semburan bunga cengkih

  1. Ambil periuk masukkan 2-3 liter air.
  2. Tambah 2-3 sudu bunga cengkih dalam periuk.
  3. Rebus hingga mendidih dan tutup api.
  4. Biarkan air semalaman.
  5. Esoknya boleh masukkan dalam botol penyembur. Letak 1/2 air cengkih dan tambah air paip biasa hingga penuh botol.
  6. Sembuh pada daun dan batang pokok sayur. Hari-hari pun boleh.
  7. Pati cengkih yang lebih simpan untuk kegunaan lain hari.

Inilah hasil sawi yang ditanam dalam petak

Selamat mencuba.

Sumber: :Lynda Hassan

IKLAN