Tanam Sayur Di Balkoni Rumah Tingkat 4 Ikut Kaedah Hidroponik. Guna Bekas Terpakai Saja

Share

Bagi yang suka tanam sayur tapi tiada masa untuk buat penjagaan dan siraman kaedah yang sesuai adalah hidroponik.

Jika setakat tanam di rumah, tak perlu berbelanja besar untuk beli set hidroponik ini sebab kita boleh guna saja barang terpakai yang ada di rumah. Lebih jimat dan tak membazir barang yang sedia ada.

Antara yang mempraktikkan kaedah guna semula ini adalah Amara Ann Kasim. Menggunakan kotak polisterin, cawan mi segera, bekas yogurt, aiskrim semua ini dijadikan penananan sayur seperti salad, sawi dan kailan mengikut kaedah hidroponik. Menariknya semua sayur ini subur saja walau ditanam di balkoni tingkat 4 kediamannya.

Ini panduan yang dikongsi oleh beliau jika ingin mencuba.

Tanam sayur di tingkat 4 ikut kaedah hidroponik, guna bekas terpakai

Disebabkan ramai yang tanya cara saya tanam guna kaedah hidroponik guna bekas terpakai di sini saya share caranya.

Ini bekas yang saya gunakan antaranya bekas aiskrim, Maggi cup, dan untuk pot saya guna bekas yogurt saja. Tapi guna apa-apa bekas pun boleh.

Saya menggunakan medium cocopeat campur tanah hitam sikit dalam pot tanaman saya yang berfungsi untuk pegang anak pokok yang masih kecil.

Sebelum masuk dalam bekas terpakai ini, biji benih sayur disemai terlebih dahulu dan selepas ada 4 daun bolehlah dialih ke dalam cup yang ditebuk lubang di bawahnya.

Untuk bekas air baja, boleh gunakan apa juga bekas yang besar. Cari kepingan polisterin untuk menutup bekas air baja. Buat lubang untuk masukkan bekas berisi sayur.

Saya menggunakan air baja AB. Sukatan ikut seperti yang disarankan pada bekas. Jenama apapun boleh.

Saya tanam sayur ini di balkoni rumah tingkat 4 saja. Tempat ini kena cahaya pagi sahaja, dari 8-11 am. Balkoni belakang dari kul 2.30-6pm. Paling penting untuk tanam sayur kena ada ABC (air, baja, cahaya).

Saya baru berjinak-jinak tanam guna kaedah ni. First time mencuba alhamdulilah menjadi. Saya banyak belajar dari pemerhatian di YouTube dan dari sharing kawan-kawan.

Selamat mencuba.

Sumber: Amara Ann Kasim.

Kalau tak nak recyle, nak set hidroponik yang dah sedia boleh beli kat SINI

 

IKLAN