Tanam Sayur Sawi & Pak Choy Tanpa Biji Benih. Ini Caranya

Share

Selalu kita tanam sayur sawi atau pak choy guna biji benih. Sebenarnya tanpa biji benih pun boleh tanam.

Caranya kita tanam guna sayur yang kita beli di kedai. Tanam melalui keratan batang atau pangkalnya. Kalau nak cuba boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nadi Fana.

Sawi dan pak choy tanam melalui keratan batang

Saya beri tip cara tanam sawi atau pak choy dengan keratan batang.

1. Potong siap-siap pangkah sayur sawi atau pak choy. Bahagian ini biasa kita buang, kalau nak tanam kita simpan ya. Bahagian atas bolehlah guna untuk masak.

2. Bahagian pangkal sayur yang kita potong itu jangan direndam dalam air kerana akan membusuk sebaliknya cuma basahkan. Sama ada kita renjis atau celup sekejap dengan air dan letak dalam bekas pada suhu bilik sehingga tumbuh tunas. Kadang-kadang ada juga yang memang dah ada tunas, yang itu lagi elok. Biarkan sahaja.

3. Sediakan medium tanah yang gembur dan lembab. Esoknya atau boleh terus tanam ke dalam pasu kemudian letak di tempat redup/teduh.

4. Apabila sudah mengeluarkan tunas baru dan membesar baru berikan baja yg sesuai.

5. Jangan siram air sekadar tanah lembap sahaja, kecuali bila pokok sudah agak besar dan kuat.

6. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak menyemai menggunakan batang daun sup atau daum ketumbar.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Nadi Fana

IKLAN