Tanam Sayur Tepi Rumah, Ikut Kaedah Ini Tanam Sayur Apa Pun Boleh. Tapi Jangan Guna Tanah Biasa

Share

Kalau kawasan rumah ada sedikit laman atau ruang boleh cuba mula tanam sayur. Tambah pula sekarang harga barang dapur serba naik.

Nak tanam sayur di tepi rumah ini sebenarnya mudah saja asal tahu kaedah asas ini. Tanam sayur apa pun boleh.

Sebagai panduan bercucuk tanam, langkah demi langkah yang dikongsi oleh Aye Asnor boleh jadi rujukan.

Kaedah tanam sawi, ikut cara ini tanam sayur apa pun boleh

Cara/kaedah yang saya gunakan untuk tanaman sawi. Cara ini juga boleh juga digunakan untuk tanaman yang lain. Lain orang lain kaedahnya.

1. Semaian biji benih
Letakkan biji benih di dalam tray semaian. Saya letak sebiji untuk 1 lubang. Boleh letak 2 biji untuk kemungkinan tidak tumbuh. Penggunaan tanah semaian atau peatmoss adalah yang terbaik.

2. Lembapkan
Lembapkan peatmoss keseluruhannya selepas letak biji benih (saya rendam). Saya tutupkan tray dengan tray yang lain (rujuk gambar).

3. Selepas 2 hari biji benih telah bercambah dengan baik. Dari peringkat ini hingga sebelum tanam, saya rendam tray dengan air baja AB (EC1.0). Rendaman dilakukan bila peatmoss agak kering.

4. Penyediaan media tanaman
Saya hanya gunakan tanah sekeliling rumah + pasir + sabut kelapa. Tanah & pasir dicampurkan. Saya buat rawatan terlebih dahulu sebelum digunakan.

Rawatan tanah hanya gunakan campuran racun serangga & kulat. Kemudian siramkan pada campuran tadi.Kemudian, buat 2 lapisan pd tapak tanaman. Lapisan bawah campuran tanah & pasir manakala lapisan atas sabut kelapa.

INFO
Untuk semaian memang ada tanah yang khusus. Jika guna tanah biasa kurang efektif. Tumbesaran agak lambat. (Sekiranya sudah tanam pokok menggunakan tanah biasa, teruskan saja. Boleh bantu dengan pembajaan)

5. Anak pokok sawi yang berusia 10 HSS (hari selepas semai).

6. Basahkan media tanaman. Petak-petak tu hanya tali rafia. Saya buat hanya untuk mudahkan semasa proses menanam anak pokok. Kemas & selari.

7. Anak pokok sedia untuk ditanam.

8. Hasil sawi selepas 10 HST (hari selepas tanam). Siraman baja AB (EC1.5) dari mula tanam sehingga tuai.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Aye Asnor

IKLAN