Dah makan ubi keledek rebus yang manis tiba-tiba rasa macam nak tanam keledek pulak. Teruskan saja hajat sebab tanam ubi keledek ini sangat mudah.
Boleh beli ubi keledek di pasar, potong dan tanam, semudah itu saja. Boleh tanam dalam pasu, plastik beras atau tong. Untuk lebih jelas boleh ikut perkongsian Azuan Abdullah.
Ini 2 ketul ubi keledek yang saya simpan untuk cuba semai teknik keratan ubi.
Langkah 1 Potong ubi tersebut kepada beberapa bahagian. Saiz yang saya potong lebih kurang 3-5 cm.
Langkah 2. Masukkan tanah campuran ke dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ni saya buat sendiri. Nisbahnya adalah 2 bahagian tanah + 1 bahagian cocopeat + 1 bahagian kompos.
Ads
Langkah 3 Benamkan keratan ubi tadi kedalam tanah campuran tersebut.
Langkah 4. Tabur tanah campuran di atas keratan ubi yang kita benamkan tadi. Memadai 90-95% keratan ubi tadi tertimbus.
Ads
Langkah 5 Siram air secukupnya. Letak pasu tersebut dikawasan yang kena cahaya. Proses siraman dibuat 2-3 kali seminggu bergantung kepada kelembapan media.
Langkah 6 Keratan ubi tersebut akan mula bertunas selepas 10-15 hari ia disemai. Siram macam biasa. Tak perlu membaja pun. Biasanya pucuk boleh mencapai panjang 10-12 inci selepas 30-35 hari lepas semai.
Ads
Langkah 7 Jika mahu hasil ubi keledek lebih banyak, waktu ini bolehlah potong pucuk dan semai di tempat lain pula. Potong pucuk antara 10-12 inci untuk di semai. Selepas 3 bulan dah boleh tuai hasil.
Masalah beli roti keping ni bila beli yang kecil tak cukup. Beli yang besar tak habis pulak. Ada masa langsung tak luak roti sampai ‘expired’. Membazir pula bila berkulat, harga roti kan dah naik.
Untuk elak membazir, sebelum expired olah terus roti keping jadi roti telur ‘berhantu’ ini. Berhantu sebab kalau buat memang sedap dan berebut makan. Cepat saja licin. Caranya dikongsi oleh Cheyah Saripuddin.
Buat roti telur berhantu kalau roti tak habis dah nak expired
Ngeri pulak rasa tajuk roti telur berhantu. Tapi betul taw. Sekali kau dah rasa tak boleh stop makan. Lagi-lagi makan waktu panas memang best!
Senang nak buat pula tu sebab bahannya pun hanya perlukan roti, telur dan susu. Ajarkan anak-anak masak gini seronok mereka nanti. Selamat mencuba!
1. Bahan-bahannya. Sesuai untuk 6 keping roti kalau dua biji telur.
2. Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat. Kacau bancuhan hingga sebati.
3. Celup roti, kedua-dua belah bahagian.
4. Gorenglah tanpa minyak atau kuranga sebab kalau banyak ia meresap. Makan minyak la.
5. Dah nampak manis warnanya boleh la angkat.
6. Roti ini takkan keras, tetap lembut. Lagi sedap makan panas-panas.
Bila bercucuk tanam, kita memang selalu akan bersihkan rumput atau lalang yang ada sekeliling tanaman.
Rumput yang kita cabut ini jangan pulak kita terus buang, masih ada gunanya. Ia boleh dijadikan baja untuk suburkan tanah. &
Baja rumput ini sesuai sangat digunakan sebelum mula bercucuk tanam. Cara ini dipraktikkan oleh Fadhil Arif Mohd yang berkebun di kediamannya.
Untuk buat baja rumput ini juga katanya mudah saja. Boleh guna rumput yang dimesin tepi jalan atau yang dicabut sekitar rumah.
Cuma perap rumput ini dalam satu bekas hingga ia mati dan rapuh. Selepas itu baja rumput ini sedia digunakan.
Semasa sediakan batas, letakkan rumput yang diperap ini dan kambus. Boleh juga letak sekali tinja ayam. Kemudian siram dengan air sekali sehari.
Dalam 1-3 minggu bolehlah guna untuk bercucuk tanam. Jika keadaan tanah kering, letak beberapa kali rumput ini, Insya-Allah akan subur tanah untuk tanaman.
Jika guna pasu, letak rumput ini di bahagian bawah sekali sebelum tambun dengan tanah.
Inilah hasil pokok cili yang menggunakan kaedah baja rumput.
Selain nasi goreng guna cili kering atau ikan goreng, nasi goreng kunyit ini juga antara hidangan yang disediakan oleh orang tua kita dulu.
Memang nostalgia. Aroma kunyit waktu memasaknya buat kita tak sabar nak makan. Tambah pula warna kuning dari kunyit, nampak sedap saja di mata.
Lagi best, bahan nak buat nasi goreng kunyit dan cara membuatnya pun ringkas saja. Senang amat. Kalau nak cuba ikut cara yang dikongsi oleh Wan Luqman ini.
Cara buat nasi goreng kunyit
Bahan ditumbuk
Lebih kurang 1 inci – kunyit hidup
Cili api – kuantiti ikut citarasa
2 biji Bawang merah
4 ulas bawang putih
Ikan bilis secukupnya
Bahan lain
1 biji telur
Kailan -dipotong
Cara membuat
1.Tumbuk semua bahan di atas, boleh juga nak guna food processor
2. Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk tadi sampai garing, waktu ini aroma kunyit memang semerbak.
3. Pecah telur dalam tumisan yang sudah garing tadi dan kacau.
4. Kemudian boleh letak garam dan gula secukupnya.
5. Masukkan nasi dan gaul sebati.
6. Seterusnya boleh masuk sayur kailan atau sayur lain yang disukai. Kacau seketika dan siap untuk dihidangkan.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...