Tanda-Tanda Tanaman Terlebih Siram & Cara Memulihkannya

Share

 

Ramai yang baru memulakan hobi bercucuk tanam sejak Covid-19 melanda. Punya teruja, hari-hari siram hingga tak sedar rupanya tanaman dah terlebih air.

Kalau jadi begini tanaman pun boleh layu dan mati. Macam mana nak tahu tanda tanaman atau sayuran yang ditanam terlebih air siraman?

Ini tanda-tanda yang perlu diperhatikan

  • Lihat daun, jika berwarna hijau muda dan menguning itu tandanya tanaman terlebih air. Malah daun yang baru tumbuh pun berwarna coklat kehijauan.
Foto: WikiHow
  • Perhatikan warna tanah. Jika terlebih air, biasanya tanah akan tumbuh lumut hijau.
  • Tanaman layu tanpa ada daun baru yang tumbuh, ini juga tanda terlebih air.

Apa perlu dilakukan

1. Letak di tempat teduh. Walau terlebih air jangan terus memindahkannya ke kawasan cahaya terik. Letak di tempat teduh supaya tanaman tidak stres walaupun ia memerlukan waktu lebih lama untuk mengeringkan airnya.

Foto: WikiHow

2. Keluarkan tanaman dari pasu tapi sebelum itu ketuk bahagian tepi pasu untuk longgarkan bahagian akar kemudian bolehlah dicabut dengan cermat.

3. Letak tanaman di luar pasu selama beberapa jam atau setengah hari sebelum memasukkan kembali dalam pasu yang sudah ditukar tanahnya. Lihat juga akarnya, akar yang sihat akan berwarna putih.

4. Jika ada akar yang busuk atau berwarna coklat, pangkas sebelum menanamnya kembali.

5. Tanam kembali pokok dalam pasu yang diisi dengan tanah baru.

6. Jika cuaca panas cuma sembur air pada bahagian daunnya dulu. Cara ini membantu tanaman mendapat air tanpa menyiramnya ke tanah.

7. Tunggu sehingga bahagian atas kering baru disiram dengan sedikit air. Letak alas pasu untuk menampung air yang berlebihan.

Sumber: WikiHow

 

IKLAN