Bab cat rumah ramai yang memilih untuk melakukannya sendiri. Setakat sapu cat saja kot, mudah.
Tapi sebenarnya untuk lebih tahan lama, kita tak hanya sapu saja. Ada teknik yang perlu dipraktikkan terutama jika mahu mengecat bahagian luar rumah.
Bagi yang mahu mengecat pagar, tangga besi di bahagian luar rumah, boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Ben Safwan.
Cara cat besi outdoor supaya tahan lama
Lama saya stop DIY PREMIUM kan, maka hujung tahun begini ambil kesempatan untuk touch up rumah. Hampir setahun duduk rumah ni, cat finishing asal developer guna dah mula tanggal.
Kalau dibiarkan boleh melarat hingga karat makan habis tangga besi ni. Dah mula terbit bunga karat di beberapa bahagian. Segelintir orang akan terus cat tindan je. Tapi itu CARA YANG SALAH walau ambil masa yang cepat.
Sebab cat baru ditindan atas lapisan cat asal yang sememangnya dah mudah terkopak. Maka takkan bertahan lama . Nanti terkopak balik. Tak berapa efektif .
Cara betul, kena buang lapisan cat lama dahulu . Ada 2 cara:
Ads
1. Guna Paint Remover
Cara ini kena buat berhati-hati, berbahaya. Pastikan anda pakai sarung tangan,cermin mata dan kasut getah. Kalau kena kulit, panas! Terus alirkan air ke bahagian kulit tanpa henti.
Guna Paint Remover cepat tapi leceh. Kena sapu bahagian demi bahagian, bersihkan bahagian itu dulu. Kalau lambat bersih ,akan jadi keras semula dan kena gosok dengan kertas pasir.
2. Guna waterjet
Pastikan air paip anda cukup tekanan atau guna tangki air. Guna waterjet dan tanggalkan cat. Kalau kena cara sangat mudah.
Ads
Langkah seterusnya
Dah setel semua, bersihkan dan saya tutup dengan plastik untuk spray.
Guna cat primer iron oxide. Cat ni juga berfungsi untuk anti rust. Brand KTH, LSC ada. Saya suka guna primer iron oxide finishing matte dulu dan baru untuk permukaan guna iron oxide gloss.
Ads
Walaupun suka matte, tapi kalau ditoreh dengan kuku pun dah nampak pada permukaan besi. Cantik tapi mudah calar. Maka sebab itu saya jadikan gloss sebagai top.
Bancuh dengan thinner dengan nisbah 1:1 kalau guna compressor seperti saya.
Bila dah siap semua,hujan tapi takde masalah. Biarkan kering dulu esok petang baru touch up balik.
Kesan calar atau gores di panel pintu kereta atau door trim ini boleh buat kita geram. Boleh jadi terkena mainan anak, benda tajam atau mungkin juga ada tangan yang mengopek sambil duduk dalam kereta.
Takkanlah nak tukar satu pintu semata-mata kerana kesan calar ini kan. Harga boleh cecah RM1k untuk satu pintu.
Sebenarnya kesan calar/gores pada door trim ini boleh kita selesaikan sendiri dan caranya cukup senang. Tak perlu bawa pergi bengkel habis beratus untuk caj baiki kerosakan kecil ini. Hasilnya memang terbaik, kesan goreng langsung tak nampak.
Tip mudah hilangkan kesan gores pada permukaan panel pintu kereta
Ujarnya yang mendapat tip daripada salah seorang rakan netizen untuk hilangkan kesan tersebut tak perlu guna alatan, blower dan sebagainya.
Apa yang diperlukan cuma;
Plastik keras (paip PVC, batang pen atau mainan anak)
Kiwi kasut hitam
Caranya:
1. Gosok/tonyoh dengan lembut bahagian permukaan yang bercalar dengan plastik keras.
2. Gosok hingga permukaan jadi rata semula.
3. Kemudian letak kiwi kasut hitam dan gosok semula.
4. Ulang semula langkah 1-3 hingga kesan calar tak kelihatan.
Hasilnya
Langsung tak nampak kesan gores sebelum ini.
Waktu menggosok plastik keras pada permukaan panel akan terhasil pemanasan secara semula jadi melalui proses geseran. Ia membantu permukaan jadi rata tanpa merosakkan material asal.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Tip penting jika masak telur mata supaya selamat dimakan, jangan biar lebih 4 jam
Semalam berlaku dua kematian akibat keracunan makanan yang dikatakan berpunca daripada makan telur mata. Mangsa dikatakan mengalami cirit birit, dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia.
Berita ini sudah tentu memberi kerisauan kerana saban hari hidangan telur mata menjadi santapan kita. Justeru bagi mengelakkan kemudaratan berlaku akibat memakanan hidangan telur ini sebaiknya memerhatikan kebersihan dan keselamatannya supaya tidak membawa mudarat kepada kesihatan.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu kita praktikkan dalam penyediaan telur untuk dimakan.
Menurut laporan Public Health Malaysia telur ayam terutamanya telur separuh masak/ telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana risiko bakteria Salmonella yang boleh membawa maut.
Untuk menyediakan telur mata, kulit telur perlu dibasuh dibawah air mengalir untuk memastikan ianya bebas daripada najis sebelum dimasak.
Pastikan capai suhu memasak yang betul dan masa memasak yang cukup untuk memastikan semua bahagian makanan masak serata (tidak ada bahagian yang mentah/ separuh masak).
Jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak dan akan dihidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur mata ada tempoh masa yang banyak untuk membiak!
Bakteria salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan boleh menyebabkan kematian.
Telur mata juga hendaklah dimakan dalam tempoh empat jam disediakan.
Kena pastikan telur masak sempurna jika masak dalam kuantiti banyak.
Isu kekurangan stok telur sudah pun reda. Dah banyak di pasaran walaupun harganya naik sikit.
Dah dapat stok telur kenalah simpan dengan cara yang betul. Tapi masalahnya ramai yang simpan telur dengan cara yang salah hingga boleh menyebabkan ia cepat rosak.
Antara yang kita praktikkan adalah simpan telur dekat pintu peti sejuk sebab sarang telur memang disediakan di situ. Salah ya.
Mengikut info Public Health Malaysia, tempat itu bukan lokasi yang sesuai untuk menyimpan telur. Ia cara simpan telur yang betul untuk kita praktikkan.
1. Simpan dalam peti sejuk
Kuning telur ada bakteria Salmonella, ia boleh dibunih dengan menyimpannya dalam peti ais suhu 4 darjah celsius.
Telur yang disimpan dalam peti sejuk tahan lama sehingga 4-5 minggu.
2. Jangan letak di pintu peti sejuk
Suhu pintu dekat dengan suhu luar. Pintu sentiasa buka tutup.
Suhu berubah-ubah memendekkan jangka hayat telur.
3. Guna bekas asal telur
Bekas asal akan melindungi telur dari pecah.
Mencegah telur dari menyerap bau dan rasa dari bahan lain yang ada dalam peti ais.
Tarikh luput terpapar dan rasa yakin telur masih elok.
Kuning telur akan sentiasa berada di tengah dengan posisi tersebut.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...