Rumput dan lalang yang tumbuh antara masalah bagi yang suka berkebun atau ada kawasan lapang di rumah.
Supaya tak sakit mata memandang kita kena habiskan masa dan wang untuk potong atau meracun rumput dan lalang ini. Jika kita selalu buat rutin ini apa kata ikut pula kaedah yang dikongsi oleh Akmal Al Yahya.
Rupanya ada teknik mudah untuk kawal rumput dan lalang ini dari tumbuh, caranya cuma guna kotak dan kertas rincih yang boleh kita peroleh secara percuma. Langkahnya boleh ikut perkongsian Encik Akmal ini.
Kawal rumput & lalang guna kotak dan kertas rincih
Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal.
Penggunaan kotak dan kertas yang telah dirincih, inspirasi dari Amalan Permaculture yang dilakukan ini kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal.
Dua bahan ini, kami dapatkan secara percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa.
1. Letak kotak sebagai lapisan pertama
Sebelum itu gemburkan tanah sedikit dan ratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah.
Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah.
Ads
2. Tabur kertas yang dirincih untuk lapisan kedua
Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar.
Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
3. Proses ini dipanggil sebagai Mulching / Sungkup
Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih. Tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula dialihkan ke dalam plot tayar terpakai.
4. Kemudian tabur daun kering
Setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos.
Ads
Lapisan sungkup ini akan membantu kami di tanah untuk memegang kelembapan agar tidak hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini.
5. Kelebihan sungkupan untuk tanaman
Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar.
Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan.
Ads
6. Kertas rincih juga boleh buat kompos
Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing.
Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan kertas rincih ini. Setiap minggu timbunan kompos ini akan dibolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
Untuk lebih jelas boleh juga tonton video ini.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh klik di SINI.
Ibu mana lah yang tak susah hati bila tengok anak lemah lesu bila demam. Tambah pula kalau anak tak lalu makan. Lagilah risau.
Selain ubat, sup antibiotik ini mungkin cara untuk merawat anak yang demam dan juga mengembalikan tenaganya.
Cara membuat sup antibiotik ini dikongsi oleh Julia Daud.
Kalau ibu-ibu rajin search di Google, tentu pernah terbaca tentang “sup antibiotik” kan?Menu sup begini memang sesuai untuk anak yang demam bagi mengembalikan tenaga dan merawat penyakit dengan izinNya.
Bahan-bahan sup antibiotik
5 biji buah pelaga
5 -7 biji bunga cengkih
5 ulas bawang putih | dicincang halus
1 ulas bawang merah | dicincang halus
3 biji lada hitam | dihancurkan
1 batang lobak merah | dipotong dadu
3 batang celery / ikan bilis
ayam / ikan /daging (sumber protien)
sedikit daun sup atau daun bawang
3 cawan air
Cara membuat
1. Sediakan bahan seperti di gambar bersama 3 cawan air. Sukatan sayuran dan protein boleh ditambah mengikut cita rasa.
2. Masukkan semua bahan ke dalam air yang telah direneh. Tunggu hingga mendidih.
Ibu- ibu boleh juga gunakan kaedah menumis, Tumiskan rempah ratus dan bawang dengan menggunakan unsalted butter atau minyak masak. Menumis guna Pure Olive Oil pon boleh.
3. Apabila lobak merah dan ayam dah empuk. Taburkan daun sup atau pon daun bawang.
4. Hidangkan bersama karbohidrat samaada, bubur nasi, mee hoon,noodle pelbagai perisa ataupon pasta. Boleh taburkan mix herbs semasa menghidang.
Daun kesum ini selalu kita guna dalam masakan sebab itu ramai yang suka menanamnya. Bagi yang baru nak cuba menanam pokok kesum ini rasanya elok ikut cara yang dikongsi oleh Mikka Medina ini.
Mudah dan hasilnya pokok kesum hidup subur. Menariknya tak guna tanah dan tak perlu siram pun.
Bahan yang diperlukan
Mangkuk penapis
Pasu
Keratan batang pokok kesum
Langkah menanam
1. Kerat pokok kesum beberapa batang.
2. Cucuk batang ke dalam lubang penapis.
3 Biarkan batangnya menjulur keluar.
4. Letak penapis yang berisi keratan pokok kesum tadi atas pasu yang diisi dengan air.
Air separas dengan belakang penapis. Tebuk lubang pada di tempat yang bertanda untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
5. Tak perlu baja, cuma siram dengan air basuhan beras insyaAllah elok suburnya.
Kalau baru nak cuba bercucuk tanam, apa kata kita cuba tanam sayur yang mudah dulu, untuk ambil mood!
Antara yang senang untuk kita tanam adalah tauge. Tak perlu tanah atau beli pasu bagai. Boleh guna botol air mineral atau balang terpakai yang ada di rumah.
Tanam tauge cara mudah, guna botol saja
Rendam kacang hijau selama 4 jam dengan air suam
2. Kemudian tapis kacang hijau.
3. Masukkan kacang hijau dalam botol mineral yang dah dipotong sebahagian untuk memudahkan semburan.
4. Sembur kacang hijau dengan air rata rata.
5. Letak botol berisi kacang hijau dalam kotak dan tutup (elak dari terkena cahaya, boleh balut dengan kain atau plastik hitam).
6. Sembur dua kali sehari (melalui lubang yang telah dibuat).
7. Tauge akan bercambah dan selepas 3 atau 4 hari bolehlah dituai.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...