Kalau tengok hasil sawi yang ditanam oleh saudara Azuan Abdullah ini memang subur dan besar-besar saiznya. Daunnya juga elok, tak banyak berlubang dimakan serangga.
Ramai yang bertanya dan beliau sudi berkongsi cara yang dipraktikkan untuk dapat hasil sawi sebegini. Menariknya cara yang dipraktikkan bebas dari penggunaan racun kimia.
Rahsia tanam sawi jadi cantik tak dimakan serangga
Ada sahabat tanya, apa rahsia sawi jadi cantik dan tak dimakan serangga?
Sebenarnya tiada rahsia pun. Lebih kurang sama je macam sahabat lain yang buat.
Mungkin praktis tu ada berbeza sikit.
1. Dua tiga hari sebelum tanam, taburkan baja kompos di dalam petak tanaman. Nisbahnya 100-300 gram untuk keluasan satu kaki persegi (cara buat kompos sendiri boleh lihat disini https://osini.co/33resepibajaorganik). Gemburkan supaya baja kompos bergaul sebati dengan tanah.
2. Siram guna teknik banjir. Tarik hos paip dan buka air hingga petak tanaman dipenuhi air. Seolah-olah macam banjir.
Ads
3. Esoknya, spray dengan apa-apa mikrob yang ada. Jika tak ada, memadai siram dengan air peramam beras.
5. Tanam anak benih yang telah disemai. Usia 2 minggu selepas semai. Eloknya tanam waktu petang.
6. Tabur baja kompos diantara pokok. Lebih kurang 1 genggam orang dewasa untuk 1 point.
Ads
7. Esoknya baru siram teknik banjir. Siraman ini akan diulang bila tanah dah nampak kering. Pengalaman saya, paling kerap 2 kali seminggu dan paling lama 2 minggu sekali.
8. Tiga hari lepas tanam terus spray dengan foliar dan kawalan organik. Biasanya saya guna kombinasi 3 beradik ni.
-Mol Ikan : 5 ml / 1 liter air
-Mol batang pisang : 3 ml / liter air
-Pati bawang putih & cili api : 3-5 biji cili api + 1 ulas bawang putih / 1 liter air.
Ads
Ketiga-tiga bahan ini boleh dicampur sekali. Spray seminggu sekali. Eloknya spray waktu pagi.Selang masa antara 1 minggu untuk semburan seterusnya, boleh la spray pati bawang putih + cili api sahaja. Elok spray waktu petang. Jika tak sempat, malam pun boleh. Macam AA buat semalam.
Sahabat, berkebun ni tak ada la susah mana pun bila kena cara. Yang penting kita tahu apa nak buat dan mesti ada displin. InsyaAllah hasilnya akan cun melecun nanti.
Harga bawang merah sekarang dah semakin mahal, malah barang-barang lain pun sama. Oleh itu mana cara yang boleh membuatkan kita jimat, eloklah dipraktikkan.
Salah satunya tanam sendiri bawang merah. Manfaatkan laman di rumah untuk tanam bahan masakan yang memang kita guna sehari-hari. Lagi pun cara tanam bawang merah pun mudah saja.
Antara yang mempraktikkan kaedah tanam sendiri bawang ini adalah Misnah Olo. Malah beliau turut berkongsi cara penanaman yang dilakukan hingga membuahkan hasil.
Cara tanam sendiri bawang merah
1. Cara tanam cuma guna bawang di dapur saja. Potong sikit bahagian jambulnya untuk daun keluar.
2. Boleh gunakan tanah hitam sawit campur dengan sedikit tanah merah sikit.Tanah mesti peroi dan serap air.
3. Cara semai, tanam sebiji bawang dengan cara benamkan sikit saja pangkalnya. Jangan dalam sangat. Jarakkan juga supaya bawang keluar banyak.
4. Bawang yang ditanam ini boleh biarkan terdedah kepada panas dan hujan. Siram 2 kali sehari. Waktu awal bawang bercambah, air perlu cukup dan boleh letak baja 2 minggu sekali.
5. Apabila sudah keluar bawang, siram sekali sehari saja. Pokok bawang tak boleh air berlebihan kerana mudah busuk.
6. Dalam tempoh 3 bulan bawang dah boleh dituai. Paling penting daun bawang jangn petik, nanti tak jadi bawang. Tanda bawang dah boleh dituai bila lihat daunnya dan mula menguning dan kering.
Masalah peti ais atas sejuk tapi bahagian bawah tak, adalah antara masalah biasa dihadapi bila sudah beberapa tahun menggunakan peralatan elektrik ini.
Bagi yang berhadapan masalah ini mungkin boleh cuba cara yang dikongsi oleh Muhammad Rofiq yang membuat perkongsian dalam Facebook Tukang Apa Hari Ini.
Cara ini menurut beliau dikongsi oleh sahabatnya yang bekerja membaiki peti sejuk.
Sekadar berkongsi cara baiki peti ais.
Peti ais ini sejuk dekat atas tapi tak sejuk bahagian bawah
Lepas bertanya sahabat kerja baiki peti ais, dia minta tutup peti ais sekurang-kurangnya 24 jam. Selepas itu on semula.
Sebabnya ada ais beku antara lubang angin atas nak keluar ke bawah.
Selepas buat cara ini, alhamdulillah dah OK
INFO: Namun begitu sekiranya masalah yang sama berlaku lagi sebaiknya gunakan khidmat technican untuk membaikinya. Kemungkinan ada bahagian lain yang rosak. Kebiasaannya thermal sensor, timer & heater.
Chicken pie atau mushroom chicken pie ni memang ramai yang suka makan. Kalau beli seketul mahu dalam RM5 juga. Agak mahal tapi ramai yang tak rajin nak buat bila teringat nak kena uli doh bagai.
Tapi rupanya ada cara mudah nak buat chicken pie ini. Tak perlu uli doh, guna saja puff pastry ready made. Caranya boleh ikut perkongsian Nadia Hazieqah Abdul Hapiz. Buat sendiri boleh lah makan berketul-ketul.
Cara mudah buat mushroom chicken pie
Lama betul tak makan Mushroom Chicken Pie ni. Kebetulan semua barang ada jadi terus buat. Makan sebiji pun dah kenyang. Disertakan resipi untuk korang yang nak cuba buat sendiri. Kulit saya guna puff pastry ready made saja.
Bahan-bahan:
Puff pastry ready made
2 sb butter
1 biji bawang holland – potong dadu
2-3 biji bawang putih – cencang
2 sb besar tepung
5 biji mushroom shitake – dipotong kecil
1/2 batang lobak merah – potong dadu
300g isi ayam
Herba parsley, oregano, blackpepper dan garam
1/2 cawan whipping atau cooking cream
1/2 cawan susu segar
Sedikit air
Cara membuat:
1. Untuk buat filling, cairkan butter, masukkan bawang holland yang dadu dan bawang putih cincang. Tumis hinga sedikit perang.
2. Kemudian masuk tepung bersama sedikit air. Masukkan mushroom shitake dan lobak merah. Apabila cendawan shitake dan masak masukkan isi ayam, parsley, oregano, blackpepper dan garam. Gaul rata.
3. Masukkan whipping atau cooking cream bersama susu segar. Masak sampai mendidih. Biarkan filling sejuk.
4. Sediakan puff pastry, canaikan dan masukkan dalam cup. Kemudian masukkan filling. Canai lagi sekeping puff pastry tekap bentuk bulat tutup atas.
Ini antara puff pastry yang boleh digunakan untuk buat kulit.
5. Kemaskan dengan garfu bahagian tepi supaya melekat elok. Sapu egg wash (kuning telur + susu segar sikit) sebelum bakar.
6. Bakar suhu 200 darjah Celsius dalam 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...