Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar

Share

 

Bila baby dah dapat kaki, biasanya dia juga akan mula pandai menyelongkar. Almari dapur jadi lokasi kesukaan untuk disepahkan mangkuk, periuk dan sebagainya.

Tapi paling tensen bila baby selongkar almari atau drawer bajunya sendiri, bersepah dibuatnya. Penatnya nak lipat semula, dah la baju baby ni kecil, nak lipat memang renyah.

Sebenarnya ada cara untuk elak mak-mak lipat semula baju yang dilembang oleh baby. Caranya dengan buat teknik lipatan ‘tuck in’. Walau diselongkar, dilempar baju baby tetap dalam keadaan berlipat.

Caranya dikongsi oleh Ojie Ismail yang turut mengalami pengalaman yang sama.

Konsep lipat baju tuck in

Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju. Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab selongkarlah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.

Bila anak dah puas selongkar sampai laci kosong, ibu-ibu hanya perlu susunkan semula saja. Dah tak payah lipat balik. Cuma kemaskan lipatan jika perlu.

Step by step lipatan

1. Butangkan butang paling atas dan bawah. Kalau rajin butangkan semua pun boleh.

2. Terbalikkan baju.

3. Letak seluar, lipat kaki seluar ikut panjang baju.

4. Lipat bahagian badan baju. Pastikan bahagian bahu lurus untuk buat ‘pocket’

5. Lipat lengan baju.

6. Lipat lagi sebelah.

7. Lipat 1/3 baju.

8. Masukkan kan hujung baju ke bahagian belakang baju.

9. Dah siap dan kemaskan lipatan.

Nak tengok size dan jenama apa pun senang sebab boleh tengok label baju. Nak pilih baju pun senang. Ini baju petang dan malam.

Baris depan: baju lengan pendek+seluar panjang. Baris tengah dan belakang: baju lengan panjang+seluar panjang.
Baris depan: baju tanpa lengan+seluar pendek Baris tengah dan belakang: baju lengan pendek+seluar pendek

Teknik lipatan tuala, kain lampin, selimut, sapu tangan

Ini pula teknik lipatan untuk kain segi empat sama.

Susun lah ikut kreativiti & citarasa masing-masing, yang penting nampak kemas, teratur dan mudah diambil.

Sumber: Ojie Ismail

 

IKLAN