Teknik Paling Mudah & Murah Hapuskan Lipas Yang Beranak Pinak Dalam Kereta

Share

 

Bila kebersihan dalam kereta tak dijaga contohnya sisa makanan manis dan juga minuman tak dibuang dan dibersihkan makan lipas pasti akan merayap masuk dalam kereta.

Sekali dah masuk dan beranak pinak dalam kereta memang susah nak dibuang. Ada yang terkejut ketika memandu gara-gara lipas yang merayap ini. Memang berbahaya, boleh jadi penyebab kemalangan.

Supaya perkara buruk tak terjadi dan lipas ini tidak membiak dalam kereta dengan lebih banyak maka eloklah ambil langkah menghapuskannya.

Selain menggunakan semburan penghapus lipas atau serangga, kita juga boleh menggunakan petua mudah ini untuk menghapus lipas yang ada dalam kereta.

Bahan-bahan

  • Sedikit marjerin
  • Minyak masak terpakai
  • Susu pekat manis

Cara-caranya

  1. Masukkan kesemua bahan tadi dalam satu bekas kemudian letak dalam kereta semalaman.
  2. Esoknya anda akan lihat hasilnya. Anak-anak lipas akan terperangkap dalam cecair ini dan mati.
  3. Ulangi petua ini sehinggalah masalah lipas dalam kereta selesai.

Sumber

IKLAN