Letak Bungkusan Air Dalam Pasu, Tip Supaya Tanaman Tak Layu Bila Balik Kampung

Share

Bagi yang suka bercucuk tanam di halaman rumah, pasti susah hati untuk tinggalkan rumah balik ke kampung untuk beraya dalam tempoh lama. Takut tanaman layu dan mati bila tak bersiram.

Tapi tip dari Puan Lina Sahedin y

ang dikongsi melalui Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri ini mampu mengelak situasi pokok bunga atau tanaman mati dari terjadi. Caranya mudah dan murah, modal cuma plastik dan getah saja.

Modal cuma plastik & getah

Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Saya buat begini, mudah modal kurang sebab saya ada banyak jugak pasu depan, belakang dan tepi rumah.

Caranya:

1. Isi air dalam plastik dan ikat tapi jangan ikat terlalu padat sebab air keluar akan cepat. Biar longgar saja plastik.

2. Cucuk plastik berisi air dengan hujung jarum peniti agar air dapat keluar secara perlahan.

3. Insya-Allah cara ni boleh bertahan beberapa hari. Selamat mencuba semua.


Sumber : Lina Sahedin via Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

 

IKLAN