Bersemangat nak bercucuk tanam sayur di rumah bila tengok biji benih dah bercambah dan nampak daun. Tapi selalu jadi spoil bila anak pokok ini tak sempat besar dah mati.
Salah satu cara untuk pastikan anak pokok membesar dengan stabil dan kuat adalah dengan membuat teknik sungkupan. Boleh guna rumput kering saja, memang mudah. Kaedahnya boleh ikut info yang dikongsi oleh Harun Arun.
Kelebihan sungkup anak pokok guna rumput kering
Petang ini sempat alih sikit anak sawi pak coy Jepun sambil petik bayam untuk hidangan malam. Kobis lagi seminggu boleh petik kot.
Baja sepenuhnya guna tinja ayam proses. Letak sekali saja sampai tuai, tapi tanah sebelum ini dah digaul juga dengan tinja ayam dan dibiarkan dalam 10 hari sebelum mula tanam, sebabnya tanah ini dah lama tak diguna pakai.
Macam biasa kegemaran tok kalau tanam mesti buat mulching/sungkupan. Kebetulan kat tengah padang ada banyak rumput-rumput kering yang pihak majlis baru potong 2 hari lepas, terus jadi hidangan anak pokok.
Ads
Ada beberapa kebaikan kenapa tok sangat suka guna mulching ini,antaranya;
Dapat elakkan tanah jadi padat atau lari bila musim hujan lebat macam sekarang.
2. Kalau musim panas pula dia boleh sejukkan tanah atau kekalkan kelembapan soil.
3. Anak-anak pokok yang masih lemah ini juga bila kita siram atau bila terkena hujan lebat tetap tegap tak terkulai ke bawah.
Ads
4. Sayur juga lebih bersih tak terpercik tanah bila kita siram atau hujan lebat.
5. Tapi alasan yg paling kuat sungkupan ini akan beri keselesaan pada soil microorganisms untuk berkampung dalam tanah & seterusnya membentuk satu simbiosis antara plants dgn nitrogen fixing bacteria & mycorrhizal fungsi yg membolehkan tanaman tetap subur walaupun kurang berbaja, jadi boleh jimatkan kos pembajaan.
6. Selain itu kebiasaaan ini juga offer pathogen protection sebab kebanyakan tanah & tanaman berpenyakit adalah disebabkan microorganisms populations out of balance.
Ads
Selain rumput kering boleh guna material lain juga
Selain daripada rumput kering ada banyak lagi material yang boleh digunakan untuk mulching. Antaranya jerami, daun kering, potongan dahan kecil, sekam, sabut yang dah lama atau batu-batu kecil.
Antara masalah biasa bila pakai sofa jenis PVC adalah ia selalu koyak. Mula-mula sikit tapi makin lama makin besar.
Ada yang tak sampai dua tahun pakai dah koyak tempat duduk atau bahagian tangan. Kalau ada yang berdepan masalah ini tapi tak mahu keluar modal banyak tukar tukar sofa baru boleh guna kaedah yang dikongsi oleh Izat Akmal ini.
Tak perlu tukar sarung PVC sebaliknya beli saja PVC cover, gunting dan gam. Selesai, bahagian koyak pun tak nampak.
Cara mudah baiki sofa PVC yang koyak
Sofa PVC ini dah pecah-pecah cover tempat duduk so kita baiki cara mudah untuk nampak baru semula. Selamat duit, sekurang-kurangnya bolehlah bertahan setahun lagi.
Nasihat saya jika nak beli sofa, belilah yg fabrik, lagi tahan lasak dari jenis PVC.
Beli PVC cover ni dalam Shoppe je. Selepas siap ukur, baru order. Harga, RM42. Klik SINI ini untuk beli.
Alatan: gam 3 second dan gunting. Itu saja
Kaedah: potong dan tampal dengan gam.
Ini antara bahagian yang rosak, arm rest dan tempat duduk. Gambar lain tak sempat ambil, dah siap baru teringat.
Dah siap 2 bahagian, tinggal 1 je lagi dengn arm rest.
Caranya cuma gunting PVC cover ikut ukuran kerusi dan tampal guna gam.
Dah siap, walaupun tak macam mula-mula beli dulu tapi boleh lah bertahan satu tahun lagi. Kalau rosak, kita ganti lagi.
Daun ketumbar antara yang selalu kita guna dalam masakan. Jadi berbaloi sangat kalau dijadikan tanaman di rumah.
Malah cara penanaman juga mudah. Ketumbar beli yang timbang kilo di pasar raya pun boleh kita jadikan benih.
Inilah cara yang dipraktikkan oleh Ahalinda Darjan untuk menanam pokok ketumbar di rumahnya. Elok saja suburnya.
Step by step tanam pokok ketumbar
Bagi yang nak mencuba boleh ikut langkah yang dikongsi oleh beliau.
1. Pilih biji ketumbar warna cerah dan nampak masih baru supaya senang nak bercambah. Kalau pilih yang warna dah agak gelap atau kelabu peratus untuk hidup susah.
2. Rendam satu sudu makan biji ketumbar semalaman supaya lembut dan mudah pecah nanti.
3. Setelah rendam semalaman tabur saja dalam pasu. Tak perlu kambus pun. Kemudian siram air agar tanah sentiasa lembap.
Ini hari ke 4 setelah ditabur ke dalam pasu dan nampak benih pokok ketumbar naik.
Ini usia benih pokok ketumbar usia seminggu.
4. Selepas besar macam ni boleh lah pindahkan ke bekas lain. Disebabkan ruangan saya terhad di balkoni saja maka saya biar benih ‘bersesak-sesak’ dalam satu pasu.
Senang bila nak guna, tinggal petik saja.
5. Bila tak petik pokok akan membesar, daun jadi halus kemudian berbunga dan jadi biji ketumbar.
6. Inilah biji ketumbar. Bila pokok dan tua ia berbunga dan jadi biji ketumbar. Kalau rajin boleh tunggu biji kering. Boleh ambil dan tanam semula.
Tip penanaman
Medium yang digunakan adalah tanah hitam yang dicampur dengan sedikit cocopeat sikit.
Pembajaan pula saya ada guna baja biji NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja AB. Kadang kadang siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan. Siraman setiap pagi atau petang atau 2 kali sehari bergantung pada cuaca.
Pencahayaan pula dari pukul 8.30am-11am sahaja sebab letak di balkoni.
Penjagaan sangat senang dan mudah hidup kalau kena dengan caranya. Cuma tak panjang usia (mungkin juga sebab saya selalu guna).
Foto Putera William bersama anaknya Putera George memang banyak kita lihat di media massa. Menariknya tatkala berbicara dengan anaknya, gambar yang dirakam selalunya dalam keadaan dia sedang duduk atau berlutut di depan menatap wajah anaknya.
Tujuannya untuk mengimbangi ketinggiannya dengan Putera George yang berusia lima tahun. Sebenarnya cara komunikasi Putera William dengan anaknya ini menurut pakar psikologi kanak-kanak harus dicontohi oleh bapa lain.
Didengari dan dilayan baik
Gill Connel, Child Development Expert dan Penulis A Moving Child Is a Learning Child, mengatakan bahawa cara seorang bapa bercakap dengan anak sambil menatap wajah dan matanya akan memberi kesan anak berasa dirinya didengari dan dilayan baik oleh ibu bapa mereka.
Yakin diri dan tingkat kebolehan berkomunikasi
Cara ini katanya sangat berkesan untuk memberi anak keyakinan diri dan kebolehan untuk untuk berkomunikasi dengan orang lain di sekitarnya.
Fokus
Selain menyesuaikan ketinggian tinggi tubuh agar sesuai dengan jarak pandang anak, ayah juga harus fokus ketika anak sedang bercakap dengan anda.
Ibu bapa juga disarankan untuk menghentikan seketika segala aktiviti yang dilakukan ketika anak bercakap dengan mereka agar anak berasa diri mereka tidak diabaikan.
Ini kerana tiada maknanya masa bersama anak dan orang tua jika mereka tidak memberi perhatian dan mendengar apa yang diperkatakan anak.