Tip Baja Supaya Pokok Sayuran Berbuah Lebat, Baja Tahi Ayam Saja Tak Cukup

Share

Pokok bendi, tomato, kacang panjang, terung, cili dan sebagainya antara sayuran yang selalu ditanam sekeliling rumah.

Bila dah tanam tentulah mengharapkan ia berbuah lebat untuk merasa hasilnya. Tapi ada juga yang tanam namun buahnya setakat 3-4 biji saja, sedangkan orang lain tanam punyalah meriah buah.

Antara faktor yang memainkan peranan pokok sayur berbuah lebat adalah pembajaan. Sistem pembajaan pokok sayur jenis buah ini perlulah sesuai. Tak cukup sekadar guna baja tahi ayam saja.

Sebagai panduan, nurseri Halaman Subur memberikan tip sistem pembajaan untuk dipraktikkan supaya pokok sayuran yang ditanam berbuah lebat.

Nak pokok sayur berbuah lebat, tak cukup guna baja tahi ayam saja

Ramai yang bercucuk tanam merasakan guna baja tahi ayam saja dah cukup. Tapi hakikatnya baja tahi ayam mempunyai nilai NPK yang rendah dan tidak sesuai digunakan secara berterusan.

Ini yang perlu kita faham

Pokok memerlukan nutrien yang secukupnya untuk menghasilkan bunga yang seterusnya akan menjadi buah.

Oleh itu, nilai K iaitu kalium atau potassium perlulah tinggi supaya buah dapat dihasilkan dalam kuantiti yang maksimum. Dalam bahasa mudahnya nak boost pokok keluar buah pada tahap maksimum.

Satu pokok terung contohnya berupaya mengeluarkan hasil lebih dari 1 kg. Untuk dapatkan 1kg terung bersaiz sederhana bukannya banyak, cukup 4-5 biji. Jadi bandingkanlah pokok yang berbuah cuma 2-3 biji baja.

  • Apa yang saya praktikkan, saya akan guna baja biji pada awal tanam sehingga pokok mengeluarkan bunga.
  • Apabila pokok berbuah, saya akan selangkan pembajaan dengan menggunakan baja buah. Boleh juga guna jenis baja larut air lagi cepat nampak kesannya nanti.

Selamat mencuba.

Sumber: Halaman Subur

Artikel berkait: Cara Rawat Pokok Buah Yang Berbunga Tak Buah Tak Lekat. Buat 2 Langkah Ini Supaya Merasa Hasilnya

 

IKLAN