Tip Beli Biji Benih, Kena Tahu Dulu Jenisnya. Hybrid Hasil Elok Tapi Boleh Tanam Sekali Saja

Share

Ada sayur yang boleh ditanam melalui keratan, menggunakan tunggul dan ada yang memang perlu menggunakan biji benih.

Bagi yang perlu guna biji benih sebaiknya sebelum beli, kita ada pengetahuan tentang jenis biji benih ini. Dikongsi oleh Nazrul Azam dua jenis utama biji benih ini perlu kita tahu sebelum beli.

Sebelum beli biji benih kena tahu jenisnya

Sebelum kita pegi beli biji benih, sama ada di supermarket, nursery, kedai hardware, online atau di mana saja baik kita kenali dulu jenis-jenis biji benih di pasaran. Ketahuilah bahawa bukan semua biji benih adalah sama. Biji benih ada 2 jenis utama. HYBRID / F1 atau HEIRLOOM / OPEN POLLINATION.

  1. Jenis Hybrid / F1

Biji benih berstatus HYBRID / F1 adalah biji benih yg telah dihasilkan melalui proses scientific rumit di dalam makmal. Kebanyakannya telah dimodify secara genetik (GMO) untuk memberikan hasil yang telah ditentukan. Contohnya : buah lebih besar, banyak, tahan penyakit dan lain lain.

Walaupun ada yang bukan GMO tapi ianya masih melalui proses rumit yang hanya boleh di lakukan oleh syarikat besar. How to know? Tengok nama dan packaging. Mengikut undang-undang, ianya mesti dilabelkan dengan betul. Jadi lihat paket, cari ada ke words Hybrid atau F1. Kalau takde maknanya bukan.

Satu lagi cara mudah ialah namanya. Biji benih hybrid selalunya ada nama yang fancy seperti Cili Kulai, Timun Satay King, tomato Mayang Mengurai dan macam-macam lagi. Semua hybrid la tu. Dengan segala kelebihan hybrid, maka mestilah ianya terbaik kan? Tak juga, jom kita tengok sisi negatif pula.

-Hybrid ini kebanyakannya adalah GMO. Kadang-kadang kita tak tau pun sama ada ia GMO atau bukan. Pengeluar tak perlu mention pun tentang perkara ini. Pada saya, kurang baik untuk environment. Ianya dah diubah dari kejadian asalnya.

-Hybrid lebih mahal. Memanglah company dah belanja banyak modal untuk develop seeds ini so obviously dorang nak recover balik investment dorang. Tapi orang kata sama juga harga RM 3 sepaket? Ye, tuan puan, sama tapi cuba tengok isi sepeket tu dan bandingkan. Kadang-kadang kita beli sepaket biji benih tembikai hybrid RM3 tapi isinya ada 4 biji je.

-Hybrid Kita boleh tanam sekali saja! Maknanya, bila dah keluar hasil nanti kita tak boleh simpan bijinya untuk tanaman semula. 99% chances tak akan jadi. Sebabnya ialah biji benih hybrid ni juga telah dimodify untuk hanya berikan hasil terbaik SEKALI saja. Jadi kalau nak tanam lagi, beli lagi la.

Tak galakkan anda simpan biji benih dari sayur atau buah yang dibeli, especially yang nampak sangat besar / cantik. Kalau tanam semula susah sangat nak jadi.

Heirloom / open pollination

Ianya biji benih secara traditional. Dulu orang tua kita simpan biji benih untuk semua tanamannya hingga beberapa generasi tanaman tu, inilah heirloom. Biji benih yang disimpan untuk beberapa generasi tanaman yang sama.

Tapi, takde expired ke biji benih yang simpan lama? Biji benih yang disimpan dengan baik (kering Dan gelap), berpuluh tahun pun boleh. Biji benih jenis ini, semuanya dihasilkan oleh petani sendiri atau syarikat biasa tanpa melibatkan makmal berjuta ringgit.

Ianya dihasilkan melalui pengalaman dalam menentukan tanaman-tanaman yang terbaik untuk menghasilkan biji benih yang paling baik secara open pollination yang terkawal.

Biji benih heirloom / open pollination ini biasanya akan memberikan hasil yang baik secara konsisten. Dan yang paling penting, Kita nak simpan biji benih untuk tanam semula, boleh tiada masalah. Insha’Allah ianya akan berikan hasil yang sama baik.

Jadi mana yang lebih baik? Pada saya, saya lebih suka heirloom / open pollination seeds. Ianya adalah hasil kerja keras petani sendiri dan disokong oleh syarikat-syarikat kecil.

Sharing ikhlas:Nazrul Azam

 

IKLAN