Tip Biakkan Pokok Guna Keratan Batang Supaya Akar Mudah Bercambah, Tunas Cepat Naik

Share

Cara biasa kita buat untuk biak pokok buah melalui keratan batang adalah cari keratan, potong dan terus cucuk dalam tanah. Kemudian siram. Ada yang hidup dan ada juga yang tak naik pun tunas baru.

Bagi memastikan anak pokok dari keratan cepat bercambah dan tumbuh subur, ada langkah perlu dilakukan. Dikongsi oleh Mazlan Mat Wi, boleh rujuk cara beliau biakkan pokok menggunakan keratan batang.

Cara biakkan pokok buah menggunakan keratan batang

Di bawah ini, saya kongsikan cara-cara biakkan pokok buah menggunakan keratan batang (yang ini untuk pokok tin). Cara ni pun saya belajar dari YouTube sahaja

1.Potong dan buang bahagian bawah botol air mineral atau botol plastik yang saiz 1 liter.

2. Sediakan tanah dalam polibeg untuk semai keratan nanti.

3. Pilih bahagian dahan/ranting pokok yang sesuai untuk dibuat keratan. Saya pilih yang ni.

4. Keratan yang telah dipotong dibuang sedikit bahagian kulit luar untuk memudahkan keluar akarnya nanti.

6. Tak ada hormon penggalak akar, saya gunakan bawang merah sebagai penggalak akar semula jadi.

7. Sapukan bawang merah yang telah dibelah ke sekeliling bahagian bawah keratan yg telah dibuang sedikit kulit luar tadi.

6. Biarkan 3-5 minit supaya air bawang merah tadi kering dan meresap ke bahagian dalam batang.

7. Cucuk bahagian bawah keratan ke dalam polibeg berisi tanah dan tutup dengan botol mineral yang telah disediakan seperti ini. Tujuannya supaya keratan berada dalam keadaan yang sesuai utk tumbuh dan tidak terkena serangan kulat.

Letakkan polibeg di tempat redup dan tidak terkena cahaya matahari.

8. Tadaa… Selepas 2 minggu…buka tengok semuanya dah keluar tunas dan pucuk baharu. Alhamdulillah… Percubaaan kali pertama berjaya.

Selamat mencuba

Sumber: Mazlan Mat Wi

 

IKLAN