Tip bil elektrik bawah RM200 ini kena praktik kalau nak tidur pasang aircond. Sebab pemasangan aircond sepanjang malam memang tak dinafikan jadi faktor penyumbang bil elektrik kita naik.
Sebenarnya boleh saja tidur dengan selesa waktu malam dalam keadaan sejuk aircond kalau tahu cara menggunakannya dengan bijak dan jimat.
Tak perlulah hari siangnya kita tepuk dahi tengok bil yang melambung tinggi.
Malah kalau ikut tip ini tak mustahil bila akan kekal Bawah RM200 walau pun menggunakan pendingin hawa setiap malam.
Ramai suka set suhu serendah 16°C sebab nak cepat rasa sejuk. Tapi sebenarnya, 23°C hingga 25°C pun dah cukup selesa untuk tidur malam. Lagi rendah suhu, lagi kuat kompresor bekerja, jadi penggunaan elektrik pun meningkat. Nak jimat, tetapkan suhu sederhana. Badan pun tak terkejut sejuk, tidur pun lebih lena.
Kipas bantu edarkan angin sejuk ke seluruh bilik. Bila angin rasa sejuk sekata, aircond tak perlu bekerja keras nak sejukkan ruang. Kipas guna tenaga lebih rendah, jadi ini cara paling berkesan bantu kurangkan bil elektrik tanpa korbankan keselesaan.
Aircond tak perlu hidup sepanjang malam. Tubuh kita boleh adaptasi dengan suhu bilik perlahan-lahan. Set ‘timer’ 3 hingga 4 jam, biasanya cukup untuk bantu kita tidur lena waktu awal malam. Lepas tu, aircond padam sendiri, jimat elektrik, dan suhu pun kekal selesa sampai pagi.
Filter yang kotor buatkan airflow terhad, aircond kena bekerja lebih kuat untuk sejukkan bilik. Hasilnya, penggunaan tenaga meningkat. Cuci filter dua minggu sekali, bilik cepat sejuk, aircond tahan lebih lama, dan bil elektrik pun terkawal.
Ramai tak sedar, biarpun aircond tutup, plag masih sambung elektrik, ada aliran kuasa kecil dipanggil ‘standby power’. Walau nampak sikit, lama-lama tetap beri kesan pada bil. Jadi, lepas guna, cabut plag terus.
Tidur dalam bilik beraircond tapi pakai sweater tebal macam musim salji memang tak logik. Pakai pakaian tidur yang nipis, selesa, dan beralaskan kain sejuk. Badan rasa nyaman, jadi tak perlu set suhu terlalu rendah pun dah cukup.
Aircond inverter lebih cekap tenaga sebab sistem dia kawal kelajuan kompresor ikut keperluan. Walaupun harga awal lebih mahal, dalam jangka panjang, bil elektrik lebih jimat. Teknologi inverter ni mesra poket untuk penggunaan kerap macam tidur malam.
Sumber: Public Health Malaysia
Baca Lagi: Guna Aircond Inverter, Jangan Buat 3 Perkara Ini. Nanti Tak Jimat