Tip Buat Apam Nasi Supaya Hasilnya Gebu. Nak Apam Merekah, Kukus Guna Api Begini

Share

Bila ada lebihan nasi ramai cuba buat apam nasi ini. Cara membuatnya pun ringkas, sebab itu kita pun teruja nak mencuba.

Walaupun begitu selalu kita dengar bila dah buat hasilnya tak menjadi. Apam kecut, bantat antara masalahnya. Tak gebu macam yang kita selalu beli. Sudahnya ramai yang putus asa.

Bagi memastikan apam nasi yang dibuat gebu gebas, cara dan tip yang dikongsi oleh Janna Hanie boleh dijadikan panduan.

Cara buat apam nasi gebu

Sebelum ini buat apam jadi bantat atau bila buka penutup apam kecut. Tapi bila ikut resipi dan tip ini alhamdulillah menjadi.

Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula (kalau tak suka manis, boleh kurangkan)
1 cawan air
1 sudu makan yis (separuh peket yis kering)

Cara membuat:

1. Kisar nasi, gula, air sampai halus.

2. Kemudian campur dengan tepung gandum,tepung beras dan yis. Gaul sebati.

3. Perap adunan sampai naik sekali ganda baru masukkan dalam acuan dan kukus (saya perap 1 jam saja)

4. Jika nak hasil apam yang gebu dan pecah kukus guna api besar.

Tip dapat apam yang cantik
  • Acuan jangan sapu minyak
  • Isi adunan penuh acuan
  • Kukus 10 minit(acuan kecil), kalau acuan besar (kukus lebih sikit masa dalam 15-20 minit).

Selamat mencuba.

Sumber: Janna Hanie

IKLAN