Tip Buat Ayam Goreng Salut Tepung Ada Banyak Kerinting Supaya Rangup Krup Krap

Share

Ayam goreng salut tepung yang rangup ini memang kegemaran semua dan selalu kita buat di rumah. Tapi ramai yang tak berjaya hasilkan salutan tepung yang berkerinting supaya ayam jadi rangup macam ala-ala KFC.

Rupanya untuk dapatkan ayam salut tepung yang bekerinting ini mudah saja. Dikongsi oleh Reha Rahman, caranya ayam yang disalut kena celup dalam air.  Untuk lebih jelas boleh ikut perkongsian beliau ini.

Cara buat ayam goreng banyak kerinting

Nak juga makan sedap tapi kalau boleh cara masaknya paling simple dan cepat. Macam saya ada anak-anak kecik memang tak dapat duduk lama kat dapur. Saya share masakan ayam goreng ala KFC versi saya dengan 2 bahan perapan saja.

Bahan perap :
Kunyit
Stok ayam maggi

Bahan salutan ayam :
Tepung gandum
Tepung Bistari

Cara-cara masak

  1. Satu sudu kecik serbuk kunyit, sukatan ini untuk sekilo kepak ayam.

2. Gaul dengan stok ayam pekat Maggi. Perasa ini dah lengkap semua bahan untuk jadi bahan perapan. Guna 3 sudu makan kemudian perap ayam dalam sejam atau lebih. Lagi lama lagi sedap. Saya selalu perap semalaman. Perap malam ini untuk masak esok hari. Simpan dalam peti.

3. Ambil satu cawan tepung gandum, setengah cawan tepung Bistari. Saya campur tepung gandum sebab bila semua salutan guna tepung Bistari boleh rasa muak bila makan banyak.

4. Sebati kan tepung gandum dan tepung Bistari. Salut ayam perapan dengan tepung.

5. Petua nak bagi ayam ada kerinting-kerinting, ayam dibasahkan dengan air. Sediakan air dalam mangkuk, masukkan ayam bersalut tepung dalam air rendam dalam beberapa saat.

6. Kemudian salut sekali lagi dengan tepung sampai nampak kerinting-kerinting . Nak lagi banyak kerinting boleh ulang dengan rendam ayam sekali lagi dan salut dengan tepung macam proses awal tadi.

7. Goreng ayam dengan api sederhana sehingga kekuningan.

Siap, hasilnya memang ada banyak kerinting yang buat ayam goreng rangup tak terperi.

Selamat mencuba.

Sumber:Reha Rahman

IKLAN