Makan

Tip Buat Bihun Singapore Sedap Dan Cukup Rasa, Guna Rempah Sup

Share

Bihun Singapore memang ramai penggemarnya sebab itu ia bukan saja selalu dihidang rumah tapi juga di majlis-majlis mahupun kenduri.

Cara masak bihun ini juga berbeza-beza dan masing-masing ada cara tersendiri. Tapi kalau mahu menikmati rasa bihun Singapore yang lain macam sedapnya boleh gunakan tip yang dikongsi oleh Nurrussaadah Mohd Azilah.

Menggunakan rempah sup, cara masak bihun ini katanya diperoleh daripada rakannya. Memang sedap dan cukup rasa malah pernah dijadikan jualan satu ketika dulu.

Tip Bihun Singapore Sedap, Guna Rempah Sup

Bahan-bahan

Sebungkus bihun -rendam dulu
Bawang merah dan bawang putih -dikisar
Minyak untuk menumis
Isi ayam -dipotong kecil
Rempah sup -3 sudu besar
Serbuk lada putih -secukup rasa
Serbuk lada hitam -secukup rasa
Sayur-sayuran ikut suka (carrot, sawi, tomato lagi sedap)
Hiasan -cili merah, daun sup, telur gulung atau telur cincang

Cara memasak

1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.

2. Masukkan rempah sup, tambah air sedikit dan biarkan rempah masak betul-betul.

3. Masukkan isi ayam dan carrot, biarkan sampai ayam masak sempurna.

4. Perasakan dengan serbuk lada putih dan lada hitam.

5. Masukkan bihun yang dah direndam. Kalau tak nak rendam, boleh lebihkan air dan masak bihun terus dalam rencah sampai air kering.

6. Gaul rata supaya rencah sebati dengan bihun.

7. Masukkan sayuran lain seperti sawi dan tomato kalau suka.

8. Akhir sekali, taburkan cili merah, daun sup, dan hidang bersama telur gulung atau telur cincang serta cili kicap.

INFO
Jika rempah sup yang digunakan sudah bergaram, tak perlu tambah garam. Jika kurang masin boleh tambah.

Sumber: Nurrussaadah Mohd Azila

Baca Lagi: Tip Buat Bihun Singapore Yang Lembut & Berbeza Sedapnya, Kena Letak Cuka. Ini Sukatannya

 

Published by
VK