Tip Buat Cekodok Pisang Yang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam Serta Petua Tak Serap Minyak

Share

Cekodok atau jemput pisang memang hidangan sedap waktu petang atau pagi. Dapat pula yang manis pisangnya serta rangup di luar, tapi lembut di dalam.

Nak dapatkan hasil cekodok yang macam ini ada caranya, dan ia dikongsi oleh Akma Razali yang mendapat resipi cekodok pisang ini dari ibu mentuanya dan jadi kegemaran famili.

Katanya selain rangup di luar dan lembut di dalam, cekodok ini juga kekal lembut walau dah sejuk.

Tip cekodok pisang rangup di luar, lembut di dalam. Sejuk pun tetap lembut

Bahan-bahan:
16 biji pisang emas
3 senduk nasi tepung beras cap bunga teratai
2 sudu tepung goreng pisang Adabi (saya guna jenama lain sebab dah habis)
Secubit garam

Info: Saya tak letak gula sebab pisang dah manis, kalau nak letak pun boleh.

Cara membuat:

1. Kopek pisang kemudianya lenyek, hingga hancur kemudian tambah secubit garam. Guna cawan senang untuk lenyek.

2. Masukkan 3 senduk tepung beras dan 2 sudu tepung goreng pisang. Saya tambahkan tepung ini sebab wangi. Kalau tiada guna tepung gandum 2 sudu.

3. Gaul bancuhan pisang dan tepung tadi. Guna tangan saja.

4. Untuk menggoreng dan dapatkan bentuk bulat. Basahkan tangan kemudian jemput kan bulat bancuhan pisang dan tepung tadi dan terus masuk dalam kuali yang sudah panas minyaknya.

5. Kaup balik kacau dengan sudip.

6. Angkat bila sudah keperangan.

Tip cekodok tak sedap minyak waktu menggoreng

Tip ini dikongsi oleh Liya ErLiza

-Bila minyak dah panas, kecilkan api dulu baru jemputkan cekodok.
-Jemput sampai penuh kuali, baru besarkan semula api tahap sederhana.
-Kacau cekodok 2-3 minit sekali supaya warnanya sekata.

Selamat mencuba.

Sumber: Akma Razali

 

IKLAN