Tip buat cucur udang sedap rangup walau dah sejuk. Cucur udang rangup ini berbeza dari yang biasa. Selalunya kuih ini bulat kembung dan lembut. Tapi yang ini versi rangup tanpa menggunakan yis.
Resipi ini adalah dari peniaga cucur udang sendiri, sekali bancuh lebih 10kg tepung pasti licin. Katanya cucur ini juga takkan jadi bulat sebaliknya leper dan rangup.
Yang menarik, rahsia utama rangupnya bukan bahan pelik-pelik, cuma air sejuk atau ais. Memang resipi ini sangat praktikal untuk yang nak berniaga atau sediakan hidangan petang di rumah. Disarankan makan bersama kuah kacang, barulah ‘padu’ rasanya dia.
Tepung gandum secukupnya
Udang segar
Kucai – dipotong pendek
Bawang merah – dihiris
Lobak merah – dihiris halus
Serbuk kunyit
Tauge (jika ada)
Air sejuk atau ketulan ais
Garam atau serbuk perasa secukup rasa
1. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, udang, kucai, bawang, lobak merah dan serbuk kunyit. Jika ada tauge, boleh tambahkan sekali.
2. Gaul rata semua bahan kering supaya udang dan sayur bersalut dengan tepung.
3. Masukkan air sejuk atau ais sedikit demi sedikit sehingga dapat tekstur adunan cucur yang likat – tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
4. Letak garam atau serbuk perasa secukupnya, kemudian kacau sebati.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Sudukan adunan cucur ke dalam minyak panas dan goreng hingga keemasan.
6. Cucur akan terbentuk cantik dan berkerak rangup di sekelilingnya.
7. Angkat dan toskan minyak. Sedia dihidang bersama kuah kacang atau sos pencicah.
Selamat mencuba.
Sumber: Nur Amna
Baca: Tip Buat Cucur Udang Sedap, Tak Serap Minyak & Kembung Tanpa Guna Baking Powder