Tip Buat Daging Goreng Kunyit Sedap & Lembut Walau Bukan Daging Batang Pinang

Share

Selain ayam, daging goreng kunyit juga hidangan mudah yang sedap dan jadi kegemaran ramai. Makan dengan nasi panas dan sambal pun dah cukup.

Walau pun sedap tapi bila nak buat daging goreng kunyit ini ramai yang merungut sebab bila dah goreng dagingnya liat. Memang spoil bila dapat hasil begini.

Jika tak nak daging goreng ini liat ada cara yang perlu digunakan ketika memasaknya. Kalau betul cara masak daging akan tetap lembut walaupun bukan daging batang pinang. Caranya dikongsi oleh Ummi Syuhada.

Tip buat daging goreng kunyit yang lembut walaupun bukan daging batang pinang

Paling penting ikut tip ini :-

1. Jangan masak daging waktu masih beku & sejuk

2. Jangan masak api besar mengejut kecuali kuantiti daging banyak, jadi haba keseluruhan tak tinggi

3. Kalau nak buat goreng-goreng / masak kicap. Kena perap dulu dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk bersama rempah sup, rempah kurma serta serbuk kunyit.

4. Selepas diperap, goreng daging perap sekejap dalam 5 minit supaya keluar air daging dulu. Pastikan semua bahagian daging dah pucat, jangan ada kesan merah/darah daging.

5. Gaul semua bahagian sampai rata. Tutup api dan tutup kuali. Biarkan beberapa jam. Jika nak buat makan tengah hari, lakukan proses ini pagi.

Info: Selama terperap dalam kuali dagung melalui proses melembutkan urat-uratnya. Selain lembut, isi daging lebih ‘juicy’ & manis.

6. Selepas beberapa jam boleh sambung masak. Tambah air sambung masak guna api besar. Tunggu sampai kering baru tambah sayur (sebaiknya sayur seperti kentang dan lobak digoreng dulu supaya masak. Goreng kentang dengan lobak dulu baru masukkan bawang besar).

7. Selepas masukkan sayur, tambah lada hitam. Siap! Insya-Allah lembut kejadiannya.

Tip buat kari atau kurma daging

  • Masak sampai rempah tumisan pecah minyak. Masuk daging, ratakan dengan rempah guna api sederhana. Masuk daun pandan. Biar keluar air daging & supaya daging sebati dengan rempah dulu. Tambah air sikit demi sedikit jika kering.
  • Bila dah daging dah masak, baru tambahkan air dan santan atau kentang. Waktu ini baru boleh besarkan api.

Semua tip di atas sesuai digunakan jika tiada presure cooker.

Selamat mencuba.

Sumber: Ummi Syuhada

 

IKLAN