Selalu bila buat mi goreng basah kena terus makan selepas masak.  Sebabnya kalau biar lama mi akan jadi kembang dan kuah pun dah tiada. Makan pun jadi kurang sedap.

Sebenarnya untuk memastikan mi goreng basah ini kekal basah dan berkuah ada caranya. Kalau ikut tip yang dikongsi oleh Riana Samad, masak mi basah awal untuk makan pagi pun tiada masalah. Mi ini akan kekal berkuah likat sampai esok pagi.

Tip buat mi basah tak kembang, kuah tak serap

Tip Buat Mi Goreng Basah Yang Sedap & Tak Kembang. Kuah Kekal Likat Sampai Esok Pagi

Tiba-tiba mengidam mi basah, yang betul-betul basah bukan basah 5 minit lepas tu kering garing. Mi yang bila dah sejuk pun masih mantain lagi likat dan basah. Ok resipi ini belajar dari jiran.

Dulu memang bila buat tak menjadi. Basah kejap saja, lepas sejam macam kene serap.
Last sekali mi basah jadi mi goreng kembang tanpa kuah. Tapi sekarang dah pandai.
Kalau masak malam pun, bangun pagi esok pun mi masih lagi likat dan berkuah.

Ads
Bahan-bahan

1 bungkus mi kuning – rendam dan tos
3 biji bawang putih & 4 biji bawang merah -kisar
1/2 sudu cili giling
Secubit asam jawa
Sotong, bebola ikan, daging – hiris
1 biji bawang besar – hiris
1 biji tomato – potong 4
5 sudu sos cili,
5 sudu sos tomato
5 sudu sos tiram
Kicap manis
Sayur

Tip Buat Mi Goreng Basah Yang Sedap & Tak Kembang. Kuah Kekal Likat Sampai Esok Pagi

Cara membuat

1. Tumis bawang kisar sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili giling dan asam jawa. Tumis lagi sampai masak dan naik bau wangi

Ads

2. Masukkan semua sos. Tumis lagi sampai pecah minyak. Selepas itu masukkan sesuku cawan air baru kemudian masukkan udang daging dan bebola (Ingat ya sesuku cawan saja air. Tumis lagi sampai masak.

3. Masukkan pula buah tomato, sayur bawang besar dan cili.

4. Masukkan mi dan kacau rata. Sambil itu boleh masukkan kicap & serbuk perasa.

Ads

6. Bila dah hampir nak masak, masukkan tauge segenggam jika suka. Bila dah sebati tutup api.

TIP EKSTRA

  • Garam dan gula jika nak letak kena rasa dulu. Saya tak letak sebab mi itu sendiri dah masin. Selain itu kicap, sos cili tomato dan tiram tadi dah cukup untuk memasin & maniskan mi. Lebih-lebih lagi kalau guna cili boh kilang. Memang dah sedia masin.
  • Air jangan banyak sebab nanti mi jadi kembang dan kuahnya akan kering.
  • Kalau air cuma sesuku cawan, mana nak jadi basah & berkuah mi? Ok ni tipnya, sos tomato, cili tiram kena banyak. Jangan kedekut sos ya. Sos inilah yang memekatkan mi bukan air.

Selamat mencuba

Sumber: Riana Samad

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI