Nak buat telur dadar tapi nak yang garing macam masak di restoren Siam. Ramai yang cuba buat untuk dapatkan telur dadar begini tapi tak menjadi.

Untuk masak telur dadar yang garing, tepinya berkerinting rangup perlu sedikit teknik ketika bancuh dan juga tuang waktu menggoreng. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Julia Aleen Aireish ini, bukan saja menjadi seperti yang dikehendaki malah telur dadar ini juga tak berminyak.

Cara buat telur dadar garing, tepi berkerinting

Tip Buat Telur Dadar Garing, Tepi Berkerinting & Tak Serap Minyak. Baru Sedap Makan

  1. Sedikan 1 biji telur (boleh guna saiz A), 3 sudu makan air paip dan
    secubit garam.

2. Satukan telur bersama air dan garam dalam mangkuk dan pukul sampai berbuih banyak.

IKLAN

3. Panas minyak dalam kuali, kena guna minyak banyak ya dalam secawan.

4. Pastikan minyak cukup panas baru tuang bancuhan tuang telur dalam kuali. Waktu tuang angkat tinggu bekas supaya bancuhan telur turun selari cantik. Nanti akan jadi percikan kerinting tepi telur dadar.

Tip Buat Telur Dadar Garing, Tepi Berkerinting & Tak Serap Minyak. Baru Sedap Makan

IKLAN

5. Kuatkan api, biarkan masak garing bawahnya kemudian baru alihkan sebelah lagi. Biar masak garing kedua belah.

6. Sediakan tapis, angkat telur toskan minyak. Biarkan sekejap. Kemudian sediakan tisu, letak telur atas tisu pula supaya dapat serap lagi saki baki minyak yang ada.

IKLAN

Siap. Telur dadar elok kering tanpa minyak. Telur ini dah sejuk pun dapat rasa lagi garingnya.

Tip Buat Telur Dadar Garing, Tepi Berkerinting & Tak Serap Minyak. Baru Sedap Makan Selamat mencuba

Sumber: Julia Aleen Aireish

Selain itu:  Buat Sendiri Abuk Abuk Sagu, Kuih Nostalgia Yang Sedap. Mudah Rupanya
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI