Biasanya bila nak goreng bihun, ssok pagi nak masak, malam ini kita dah rendam supaya bihun lembut. Ada juga yang rendam air panas dan terus goreng.
Tapi bila tak kena cara masak, bihun ini jadi hancur. Memang geram terutama bila masak dalam kuantiti banyak.
Supaya bihun tak hancur waktu memasak, boleh juga praktikkan cara masak bihun tanpa rendam. Mungkin ramai dah tahu cara ini tapi ada juga yang belum. Bagi yang belum tahu perkongsian dari Wan Muhammad Hafiz Satar boleh jadi panduan.
Tip goreng bihun tanpa rendam tak hancur
Ads
Ada yang tanya macam mana nak bagi bihun tak hancur waktu goreng. Biasanya yang hancur silapnya sebelum goreng kita rendam dulu bihun dengan air panas yang berasap kemudian biarkan lama terendam.
Nak guna air panas boleh tapi pastikan bila bihun dah lembut toskan, jangan biarkan bihun lama terendam kalau tak hancurlah nanti.
Ads
Selain itu, faktor lain yang menjadikan bihun kita cantik waktu menggoreng adalah jenama yang kita guna. Saya suka brand yang menggunakan beras Siam, bihun jenis ini senang nak handle.
Ads
Dua cara masak bihun
1. Cara rendam dulu – ada dua cara, pertamanya bihun rendam dulu semalaman dengan air tapis untuk masak pagi. Bila bihun yang direndam dah lembut barulah start menggoreng.
2. Cara ekspres tanpa rendam – saya lebih suka cara kedua iaitu cara express. Tak perlu nak rendam hingga lembut. Caranya mudah;
Siapkan bahan tumisan dulu. Tumis bawang, cili sampai pecah minyak dan cantik kemudian masukkan lauk, perasakan dengan gula & garam.
Kemudian tambah air panas dalam pes yang kita tumis. Biar mengelegak barulah masukan bihun yang keras. Sebelum lebur bihun dalam kuali, pastikan bihun basuh dulu. Jika tidak, bihun akan berbau beras bila siap masak.
Kacau sampai bihun yang keras jadi lembut dan cantik baru masukkan sayur akhir sekali. Goreng sampai sayur masak dan mesra dengan bihun.
Kaedah ini bihun jadi lebih sedap sebab waktu menggoreng bihun yang keras akan serap air tumisan untuk jadi lembut. Jadi bihun ini bila dimakan kita akan terasa rencahnya. Lagi terangkat sedapnya.
Satu ketika dulu ramai yang menggunakan wallpaper di rumah kerana mengikut trend. Tapi bila dah lama wallpaper pun dah rosak, kita pun rasa nak tukar deko atau cat baru.
Masalahnya, nak tanggalkan wallpaper ini memang kerja remeh. Silap cara atau salah tarik dengan cat sekali tertanggal. Lagi sakit mata ada pula kesan gam tertinggal kat dinding.
Bagi korang yang nak tanggalkan wallpaper di rumah, tip dikongsi oleh penyampai radio Shah Gegar ini sangat membantu.
Katanya untuk tanggalkan wallpaper dengan mudah cuma guna semburan air dua bahan ini, wallpaper akan mudah ditarik tanpa tanggalkan cat.
Cara mudah tanggalkan wallpaper
Bahan yang diperlukan:
Botol penyembur
Cecair pelembut pakaian (Softlan)
Scrapper plastik
Air panas dan air paip
Cara-caranya:
1. Tuang Softland dalam botol penyembur, tak perlu banyak kuantitinya.
2. Kemudian campur dengan air panas diikuti dengan air paip.
3. Tarik wallpaper yang sudah tertanggal.
4. Kemudian sembur air bancuhan tadi pada wallpaper yang tertinggal. Biarkan ia kembang seketika.
5. Bila wallpaper dah kembang cuma tarik ke bawah dan ia akan tanggal dengan mudah tanpa menanggalkan cat. Memang senang.
Selain sardin, sandwic telur juga jadi kegemaran ramai untuk hidangan pagi. Ringkas tapi kenyang.
Nak buat pun senang tapi kalau nak lagi sedap, cuba letak bawang karamel seperti perkongsian penjual sandwic Suraya Yaacob.
Ujarnya inilah rahsia jualannya ‘digilai’ pelanggan dan dibeli saban hari tanpa jemu. Kata Suraya lagi bawang karamel ini menjadikan sandwic telur tambah sedap dan wangi. Beliau turut berkongsi resipinya. Kalau ada yang nak buat sebagai jualan pun boleh juga.
Cara buat sandwic telur yang sedap, tak jemu makan hari-hari
Bahan-bahan:
1 buku roti panjang & 1 buku roti pendek
7 biji telur rebus – dihancurkan
4 sudu besar mayonis
Daun bawang – dihiris
Bahan untuk bawang karamel:
1 biji bawang
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Cara membuat:
Gaul semua bahan bawang karamel dan masak atas dapur sampai layu.
Angkat dan sejukkan.
2.Gaul rata telur yang dihancurkan bersama mayonis, daun bawang dan juga bawang karamel tadi.
3. Ambil roti dan sapu dengan adunan telur yang sudah digaul rata dengan bawang karamel. Siap
Boleh juga kalau nak tambah, sayur seperti salad dan tomato.
Kalau beli telur masin biasanya ia akan diselaputi dengan tanah liat dan juga sekam padi yang hitam.
Ni memang cara untuk buat telur masin. Jadi bila nak rebus kita kena bersihkan semua ini dulu.
Tapi perkongsian Suzana Sha’em ini cukup menarik. Dia berkongsi cara buat telur masin yang cukup mudah.
Tak perlu tanah liat atau sekam , cuma pakai cuka dan garam dan takkan mengotorkan dapur.
Kalau nak cuba buat sendiri boleh lah ikut cara Suzana ini
Tak perlu beli lagi telur masin bedak hitam
Tadi berbuka bersama telur masin buat sendiri. Cantik oren dia.. Yeah menjadi. Lepas ni takde lah nak beli telo asin yang pakai bedak hitam tu lagi. Yang ni lagi bersih buat sendiri.
Bahan-bahannya
Telur itik
Cuka
Garam halus
Bekas
Cara membuatnya senang saja
1. Basuh bersih telur
2. Kemudian rendam dengan cuka selama 2 minit.
3. Seterusnya gaul telur tadi dengan garam halus hingga rata.
4. Letak dalam bekas dan peram selama dua minggu atau 16 hari.
5. Tak perlu simpan dalam peti ais, boleh letak di luar saja.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...