Tip Hasilkan Lempeng Yang Lembut, Gebu & Cantik. Boleh Buat Untuk Jualan. Sedap Makan Dengan Sambal Tumis

Share

Lempeng makan dengan sambal tumis waktu pagi memang best. Terasa macam sarapan di kampung.

Dapat pula lempeng yang lembut dan gebu macam ni lagi lah sedap, boleh makan berkeping-keping.

Untuk hasilkan lempeng macam ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Suzana Othman, yang turut menjadikan hidangan ini sebagai jualan untuk menambah pendapatannya. Suri rumah lain yang nak cuba pun boleh.

Cara buat lempeng yang lembut dan gebu

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
500 ml air
1 biji telur
2 sb minyak masak
1 sk garam
1 sb gula
1 sk baking powder

Cara membuat:

1. Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam blender. Blend hingga telur kembang.

2. Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang seli dengan air, blend hingga tepung sebati.

3. Tuang adunan dalam jug, biarkan selama 1 jam supaya baking powder bertindak balas untuk dapatkan lempeng yang lembut dan gebu. Inilah tipnya.

Cara memasak:

1. Panaskan kuali non stick, tuang adunan ikut saiz kuali.

2. Tunggu lempeng keluar buih dan agak kering barulah terbalik.

3. Tunggu sekejap supaya sebelah lagi masak. Kemudian angkat.

  • Kita guna pan saiz 18. Satu adunan boleh dapat 12 keping ikut saiz itu. Kalau nak cepat siap boleh guna pan saiz besar.

  • Yang ini kita buat jual. 1 set 6 keping harga RM5, boleh letak harga ikut budi bicara masing-masing jika nak jual.

Selamat mencuba.

Sumber: Suzana Othman

IKLAN